Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, January 14, 2011

Wanita-akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
Tanpa mereka,
Hati dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun ada segalanya..
Apa yang tiada dalam syurga..?
Namun, Adam tetap rindukan Hawa..
Pada wanita lah lelaki memanggil ibu, isteri, dan putri..
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh kaum lelaki,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dariNya,
Janganlah jinakkan mereka dengan harta...
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Akal senipis rambutnya..
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati separuh kaca..
Kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera..
Hiasilah ia dengan akhlak,
Sedarkan dia kerana nantinya...
mereka akan melihat nilaian dan keadilan Allah..
Bisikkanlah ditelinga mereka,
Bahawa kelembutan,
Bukan satu kelemahan..
Ia bukan suatu diskriminasi Allah,
Sebaliknya...
Di situnya,
Kasih sayang Allah....



~~Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan...tanpa ilmu, iman, dan akhlak, mereka tidak akan lurus~~

1 comment: