Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Monday, June 25, 2012

Assalamualaikum :)

Oh, lamanya tak menulis. SIBUK. Sangat... InshaAllah dalam masa tak sampai sebulan lagi saya akan tinggalkan Shah Alam yang penuh kenangan. 1001 kenangan indah, pahit, manis bersama semua orang. Disini bermula perkenalan, persahabatan, percintaan. Ada yang kekal, ada yang tinggal. Semuanya tersemat dalam memori diari hati saya. Yang lepas biar berlalu. Jangan dikenang lagi. Yang akan datang, tempuhi dengan matang dan penuh semangat.


Putus cinta itu biasa. Kerana hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Yang mengambil masa itu adalah hati. Mungkin mampu memaafkan tapi nyata takkan melupakan. Hidup ini singkat. Tak perlu ditangisi yang telah hilang. Lepaskan ia pergi sebagai kenangan yang ternyata menjadi guru yang paling bermakna.

Hidup dimulakan lagi dengan meneruskan kembara mencari sesuatu yang hilang. Sesuatu yang mampu memberi kita hidup yang sempurna. Dalam kesayuan hati, saya terjumpa video ni. Betul, saya tersentuh di akhir cerita. 

video


Kita mungkin mampu untuk memilih. Tapi hanya yang benar-benar menyayangi kita sahaja yang akan setia. Walau bagaimana teruk pun sikap kita, dia tetap ada. Sebelum kita memilih yang terbaik, cerminlah diri. Adakah kita layak untuk mendapat yang terbaik? Setia dan sayangi siapa jua yang menyayangi anda sekarang. Hargai mereka sebelum dunia tidak menghargai anda. Ego tidak akan membawa anda kemana-mana. Malah, anda akan nampak sangat bodoh dengan ego yang berlebihan. 

Pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dekat dengan Tuhan. Hari ini orang buat kita. Hari esok pertolongan Allah tiba jua. Keep praying. Semoga Allah sentiasa jauhkan kita daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Semoga kita semua bahagia di bawah lindungan rahmatNya.. Amiin.. :)

Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz.

Wednesday, March 28, 2012

Separuh Lagi Tulang Rusukmu Yang Patah Ada Disini...

Assalamualaikum wbt...
Hello..






(Specially created for my future husband..)


Awak...

Mungkin saya tidak pandai menjahit,
Tapi kalau seluar awak koyak saya boleh jahitkan..

Mungkin saya tidak pandai memasak,
Tapi kalau awak lapar nanti, saya boleh masakkan..

Mungkin saya tidak selalu khusyuk dalam solat,
Tapi saya boleh jadi ma'mum awak..

Mungkin saya tak pandai mengaji,
Tapi kita boleh baca Yasiin sama-sama tiap-tiap malam Jumaat..

Mungkin saya tak pernah mengendong anak kecil,
Tapi saya akan melahirkan zuriat awak..

Mungkin saya tak pandai bergaya,
Tapi saya akan jaga awak supaya nampak smart..

Mungkin saya bukan menantu yang terbaik,
Tapi saya akan cuba ambil hati mentua saya..

Mungkin saya tidak belajar tinggi,
Tapi saya akan berkerja supaya dapat tolong awak..

Mungkin saya tak pandai mengurut,
Tapi saya boleh tolong picitkan bila awak lenguh..

Mungkin saya tak kaya,
Tapi saya akan jaga harta awak bila awak tiada dirumah..


Tapi, saya bukanlah sempurna. Saya bukan mahukan wang ringgit awak yang menggunung. Harta boleh dicari. Kasih sayang kekal abadi.. Kalau saya lah tulang rusuk awak yang patah itu, saya juga harapkan awak boleh bersama saya susah dan senang, hormati saya sebagai pasangan hidup awak yang juga punya hati dan perasaan, hormati kedua ibu dan ayah saya, keluarga saya, dan belajar bersama-sama saya untuk menjadi yang terbaik. 


Saya juga perlukan kesabaran awak kerana tidak selalunya saya sempurna..


Khitbahlah saya jika saya lah tulang rusuk itu..


Siapa pun awak, bakal suami saya, saya berjanji akan menjaga diri saya hanya untuk awak...


Semoga kita bertemu nanti, di jalan yang Dia redhai. Bersabar menunggu saya kerana perjalan saya jauh sedikit daripada biasa. Tunggu saya di sana..

Thursday, March 1, 2012

Pendidikan Awal Anak-anak :)

Assalamualaikum..


Malam ni rasa macam lain sikit. Rasa macam azam nak jadi ibu yang baik kepada anak-anak semakin kuat. Naluri keibuan tu macam menggesa supaya Lin belajar lebih banyak tentang perkara untuk menjadi ibu yang terbaik. InshaAllah :)

Kata orang, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Amalan baik kita boleh mulakan semasa mengandungkan anak kita..

Dok belek-belek link yang membolehkan Lin belajar dari awal untuk mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kelak, Lin terjumpa info yang Lin fikirkan sangat berguna. Rasa macam nak share dengan semua, semoga ilmu ini bermanfaat, inshaAllah..

Let's go through satu-persatu..


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
***************************************
Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.
Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
Wallahu a’lam.
http://aidura.blogspot.com/
Buat ikhwah sekalian…
Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.
Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).
Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut. 

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.
1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya...

Lin mendapat ilmu ini dari satu sumber, dan semoga penulis dan kita semua mendapat manfaatnya. Amiinn..

Semoga dosa-dosa kita yang lampau diampuniNya, dan amalan-amalan kita diterimaNya.. Niat itu penting, usaha untuk menunaikan niat yang baik itu juga akan meraih pahala yang berlipat ganda. Semoga generasi akan datang dapat didik dengan sempurna. Amiinn..

Thursday, February 23, 2012

Bercerita Sambil Bermotivasi :)




Cerita 1: 

Selepas makan malam, seorang ibu dan anak perempuannya bersama-sama mencuci pinggan mangkuk manakala ayah dan anak lelakinya berehat sambil menonton tv di ruang tamu. Tiba-tiba terdengar pinggan pecah dari arah dapur, kemuadian sunyi sepi. Anak lelaki memandang ayahnya sambil berkata,"Tentu ibu yang memecahkan pinggan itu." Bertanya si ayah,"Bagaimana kamu tahu?" "Kerana tidak terdengar suara ibu membebel memarahi kakak." jawab anak lelakinya. 

~Kita semua sudah terbiasa menggunakan standart yang berbeza dengan melihat orang lain dan memandang diri sendiri, sehingga seringkali kita menegur orang lain dengan serius di atas kesalahan mereka, tetapi dalam masa-masa tertentu kita juga berpotensi untuk melakukan kesalahan yang sama.

.

Cerita 2:


Ada dua kumpulan pelancong yang dalam perjalanan ke Taman Negara Pahang. Keadaan jalannya sangat buruk, sepanjang perjalanan terdapat banyak lubang. Pemandu pelancong kumpulan pertama asyik mengatakan keadaan jalan yang rosak dan tidak dibaiki. Sedangkan pemandu pelancong kedua menjelaskan kepada para pelancong dengan nada yang puitis,"Jalan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah jalan utama yang terkenal di sini yang dinamakan Jalan Lompang yang mempersona."

~Walaupun keadaannya sama, namun corak pemikiran yang berbeza akan menimbulkan sikap yang berbeza juga. Cara berfikir adalah suatu perkara yang menakjubkan, baaimana anda berfikir, semuanya anda yang tentukan.



Cerita 3:



Dua orang murid dari kelas 3 Pintar, mereka memilik cita-cita yang sama juga iaitu menjadi badut, Guru yang tidak bermotivasi pasti merendah-rendahkan cita-cita murid itu,"Tak ada cita-cita lain ke, nak jadi badut bodoh je?!" Sedangkan guru yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak muridnya akan berkata,"Semoga anda akan membawakan keceriaan kepada seluruh dunia!"



~Kadang-kadang orang yang lebih tua bukan hanya lebih banyak menuntut daripada memberi semangat, malahan  sering membatasi sesuatu definisi pekerjaan dengan maksud yang sempit.




Cerita 4: 


Seorang isteri sedang memasak di dapur. Datang si suami dan membebel secara tiba-tiba,"Perlahan sedikit, hati-hati! Apinya terlalu besar. Cepat-cepat balik ikan tu. Minyak pula terlalu banyak!" Si isteri secara spontan menjawab," Saya tahu bagaiman cara memasak sayur." Suaminya dengan tenang menjawab,"Saya hanya ingin kamu faham bagaiman perasaan saya semasa saya sedang memandu kereta, awak di sebelah tidak henti-henti membebel."

~Belajar memberi kelonggaran kepada orang lain itu tidak susah, asalkan anda mahu dengan serius berdiri di suatu sudut dari pandangan orang lain melihat suatu masalah.


Cerita 5:



Sebuah bas yang sarat dengan penumpang sedng bergerak laju menyusuri jalan bukit yang menurun, ada seseorang yang mengejar bas ini dari belakang. Salah seorang penumpang mengeluarkan kepala melalui tingkap bas dan berkata kepada orang yang mengejar bas itu,"Hai kawan! Sudahlah, kamu tidak mungkin dapat mengejar!" Orang yang mengejar bas itu menjawb,"Saya harus mengejarnya.." Dengan nafas yang tercungap-cungap dia menyambung,"Saya adalah pemandu bas ini."

~Ada sesetengah orang harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Jika tidak, akibatnya akan menjadi lebih teruk di masa depan. Dek kerana harus menghadapi dengan sekuat hati, maka kemampuan dan sifat-sifat khusus yang masih terpendam akan sepenuhnya muncul keluar.


Cerita 6:



Sobri sedang memandu kereta di sebuah kawasan pergunungan. Ketika sedang santai menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba datang sebuah trak mengangkut barang dari arah depan. Pemandu trak membuka tingkap trak dan menjerit dengan kuat,"Babi!" Mendengar suara ini Sobri menjadi marah, lalu dia pun membuka tingkap keretanya dan terus memaki pemandu trak itu,"Kamu yang babi!" Setelah itu, dia memandang ke hadapan dan terkejut dengan kehadiran segerombolan babi yang sedang menyeberangi jalan.



~Jangan salah tafsir maksud kebaikan yang dibuat oleh orang lain, kerana hal yang demikian akan merugikan anda sendiri, dalam masa yang sama anda juga mungkin buat orang lain terhina.



Cerita 7:


Seorang anak kecil bertanya kepada ayahnya,"Adakah menjadi seorang ayah akan selalu mengetahui lebih banyak daripada anaknya?" Lantas ayahnya menjawab,"Sudah tentu!" Abak kecil itu bertanya lagi,"Siapa yang menemui listrik?" "Edison" jawab si ayah ringkas. "Kalau begitu kenapa bukan ayah Edison yang menemui listrik?"

~Kadang-kadang, sebagai orang yang lebih dewasa, kita perlu juga mendengar luahan si kecil kerana jiwa mereka lebih sensitif dan teliti.



Cerita 8:


Ketika mandi, Zaid tertelan sebuku kecil sabun, ibunya dengan gementar menelefon doktor untuk meminta pertolongan. Doktor berkata,"Sekarang ini saya masih mempunyai beberapa pesakit, mungkin selepas setengah jam baru saya akan sampai ke rumah puan." Ibu Zaid bertanya,"Sebelum doktor sampai, apa yang harus saya lakukan?" Doktor itu menjawab,"Berikan Zaid segels air putih untuk diminum, kemudian biarkan dia melompat-lompat. Dan suruh Zaid meniupkan gelembung buih dari mulut sehingga saya sampai."

~Jika sesuatu peristiwa sudah terjadi, mengapa tidak dihadapi dengan tenang dan yakin? Daripada khuatir lebih baik berlega, dari pada gelisah lebih baik tenang.


Cerita 9:



Sebuah pintu batu yang sangat kukuh terkunci dan sebatang tongkat besi masih tidak mampu untuk membukanya walaupun dilakukan oleh seorang lelaki yang amat gagah. Apabila kuncinya dijumpai, kunci yang kecil itu memasuki lubang kunci, diputar dengan ringan dan 'klik', pintu batu besar itu telah terbuka. 

~Hati dari setiap insan, seperti pintu besar yang telah terkunci, walaupun anda menggunakan batang besi yang besar pun tak akan dapat membukanya. Hanya dengan mencurahkan perhatian, anda baru boleh merubah diri menjadi sebuah anak kunci yang halus, masuk ke dalam sanubari orang lain.



Kadangkala kita sentiasa berfikiran positif tentang hidup. Itu bagus. Namun, tanpa disedari kita juga ada berfikiran negatif terhadap orang lain. Itu yang tidak bagus. Kita semua dilahirkan sebagai champion, namun kita tidaklah hebat. Diatas sana Sang Pencipta lagi hebat. Bak lirik dalam dikir barat Kelantan,"Setinngi mana pong blaja, nok wak tupa sekor pong tok jjadi.." (Setinggi mana pun tahap pengajian kita, nak cipta sekor tupai pun takkan boleh.) 

Always positive thinking, tak kira dalam apa jua keadaan. Positif tentang hidup, masa depan, pelajaran, pekerjaan, orang-orang sekeliling dan sebagainya. Kerana tidak diciptakan dunia in untuk bermusuh dan tidak juga untuk ditangisi :)

~SUMBER~

Thursday, February 16, 2012

Anak :)

Assalamualaikum :)
Hai >_<


Anak ni permata hati..
Anugerah terindah buat pasangan berkahwin..
Tanda cinta setia, pengerat kasih sayang keluarga..
Dia lah madu, dialah racun..
Dia juga pembuka pintu rezeki dan rahmat..
Si kecil itu mampu menenangkan hati si ibu..
Mampu juga meriangkan hati si bapa..
Dan mampu menceriakan semua orang disekelilingnya..
Dia lah si kecil yang tidak pernah menipu perasaannya..
Bila sakit dia menangis..
Ketawa bila gembira..
Dan selalu mendambakan kasih sayang..
Anak kecil itulah yang masih suci dari noda dan dosa..
Yang baru mula melangkah mengenal dunia..
Yang dulunya menendang rahim ibu..
Begitu nyata berbeza dua alam itu..
Dia lah anak kecil yang selalu mahu belajar sesuatu..
Taksub dengan ilmu-ilmu baru..
Mengenal sesuatu daripada sekitarnya..
Anak kecil itu yang selalu meneduh kasih..
Memekar rindu..
Dan mewangi pepohon cinta ibu dan bapanya..
Untuk semua anak-anak kecil..
Kamu sungguh istimewa..
Kau mawar tanpa duri..
Masih hijau sesegar pucuk dedaunan..
Daku berjanji akan memberimu segala yang terbaik..
Terima kasih kerana menyerikan dunia kecil kami dengan tawamu..
Menyedarkan kami dari lena dengan air matamu..
Sayang, disitu hubungan kita ada ikatan yang istimewa..

Love you, thanks for being my lovely childs :)


~ Mendapat ilham tentang betapa istimewa kurniaan Allah (anak-anak) ketika anak buah kesayangan saya; Nik Adriana Batrisyia bt. Abdul Hadi dimasukkan ke wad 6 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia minggu lepas (positif rotavirus). Alhamdulillah, dia sihat sekarang... 

Thursday, February 9, 2012

Saya Lebih Teruja Dengannya Berbanding Dengan Pakwe Saya :)

Assalamualaikum wbt..
Ola :)

Dah lama rasanya tak buat entri baru. Okay, girls, selain daripada belajar memasak, cuti semester ni kamu semua buat apa ya? Kerja part time? Bagus... Lin jumpa sesuatu. Sebenarnya ia dah lama terpendam, sekarang baru nak mula berjinak-jinak. Kata orang tua-tua, kita orang perempuan kena pandai serba serbi. Baru disayangi suami. Tak gitu? InshaAllah....

Entri kali ni saya pasti dapat membuatkan kalian lupa kepada buah hati yang sentiasa sibuk..
Ia tentang Kraftangan Daripada Kertas Felt. Pernah dengar? Tentu pernah kan? They are awesome!
Ni la kertas felt tu...


Dengan kertas ni, macam macam kraftangan kita boleh buat tau. Macam bantal-bantal comel ni..
Gift hari guru..

cantik dan simple >_<

Bantal hiasan..

It's cute!

Simple and adorable :)

alahai pinky..

Elegant, isn't?






Simple, tapi menarik..

Atau beg-beg cute nie :)

Bekas glasses..

Beg..

Lagi beg...

Lagi...

Dan lagi...

Beg untuk simpan camera ;)

Sweety pinky for lovely girls..

Atau semua hiasan comel nie >_<

Keychain for gift >_<

Comel kan?

Alahai.. Untuk anak-anak mama :)






Tempat simpan magazine 



Bekas tisu





Frame dari barang recycle :)

Comel, cantik, dan menarik. Kan? Sebenarnya semua gambar ni Lin google, sebagai contoh untuk memulakan aktiviti Lin :)

Cubalah sendiri, kerana ia lebih mengujakan Lin!

Okay, till we meet again on the next entry..

Sweet moment,
Alin Aziz >_<


Sunday, January 29, 2012

Bercerai... Divorce... Urm...

Assalamualaikum wbt..
Salam sayang buat semua..

Entri kali ni kita nak discuss pasal BERCERAI. Dalam bahasa omputihnye is DIVORCE. Oh, tentunya semua tahu yang ia adalah perkara yang halal namun ia tidak disukai oleh Allah swt. Persoalannya, kenapa perlu bercerai? Kenapa sebuah perhubungan perlu ada pengakhirannya? Kenapa janji yang dibina harus dimungkiri?
Antara alasan-alasan yang agak meragui;
-Dah tak suka/ minat dengan pasangan
-Dah jemu dengan kerenah pasangan
-Dah tak sependapat/sehaluan
And what so ever….

Terkadang, saya tertanya, bagaimana ada pasangan yang boleh kekal dan bertahan sehingga saatnya ajal menjemput salah seorang daripada mereka, or even touched, ada juga yang sehidup dan semati. (Ketika menulis entri kali ini, saya belum mendirikan rumah tangga. Mungkin saya masih belum mendapat gambaran yang sebenar tentang duri ranjau alam rumah tangga, namun saya percya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hmbaNya - setiap masalah ada penyelesaiannya dan bercerai adalah jalan yang terakhir).



Saya pernah terfikir, bagaimana pasangan yang jelas sekali mempunyai kekurangan dari segi appearance contohnya, masih boleh bertahan malah kekal bahagia. Pasangan yang kais pagi makan pagi pun boleh setia dengan pasangan, susah senang, gelak tangis, berat ringan semua sama-sama.

Dari mana kekuatan cinta itu? Saya boleh buat kesimpulan, ia dari HATI. Kita yang tentukan hala tuju hubungn kita bersama pasangan, selain takdir. Jadi, kenapa isu penceraian mesti timbul? Tidak terfikirkah semasa bercinta, segalanya indah. Tapi bila tinggal sebumbung, tidur sebantal, segalanya berubah? Sebab dah tahu betapa masamnya ketiak pasangan tanpa calitan deodorant? Kerana tak tahan bunyi bising pasangan berdengkur? Sebab tak sanggup tatap wajah pasangan yang baru bangun tido tanpa make-up?
Bila diteliti, kadang-kadang, satu perkara kecil mampu membawa kepada keretakan rumah tangga dan seterusnya penceraian.

Saya banyak berkongsi masalah dengan orang sekeliling. Saya juga banyak mengambil ikhtibar dan menjadikan kisah-kisah mereka sebagai sempadan hidup. Kesimpuln yang boleh saya buat, sebenarnya semuanya bermula dari diri kita dan pasangan. Jujur, menerima kebaikan dan keburukan seadanya, ikhlas dan setia adalah antara ciri-ciri yang penting sebagai tunjang kebahagiaan rumah tangga. Beralah bukan bererti kalah. Dan beralah mampu mnyelamatkan ikatan sah suami isteri.

Jika semua antara kita menjadikan sifat-sifat mulia seperti rendah diri, saling menghormati hak, menerima pendapat pasangan, cuba beralah dalam suasana tegang, dan melihat kekurangan pasangan sebagai satu kelebihan diamalkan, tentu sebuah perkahwinan akan dapat diselamatkan. Dan tentunya mahligai cinta impian semua akan tersergam indah. Jangan ada yang disimpan, luahkanlah kepada pasangan kita. Tapi mestilah dengan cara berhemah. Puji pasangan setiap hari, beri pasangan waktu untuk dirinya, jangan memaksa, berbincang sebelum membuat keputusan, pertimbangkan juga keluarga dipihak mentua sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Kerana apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi juga dengan semua orang yang ada pertalian darah dengannya.

Memang ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah- “Kita tidak pernah mendapat pasangan yang salah, kita yang selalu menjadi pasangan yang salah.”

Hidup ini indah, kita dijadikan berpasangan untuk bersenang-senang. Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam yang bengkok, untuk diluruskan dengan penuh kesabaran. Lihat, semuanya bermula dari HATI. Segumpal darah yng mampu membentuk kita menjadi mulia atau sebaiknya. Kitalah yang menentukannya. Baik buruk sesuatu perkara datangnya dari kita. Ya, kita..

Jangan terlalu ego untuk seseorang yang kita sayang. Kerana kita tak hebat. Di atas sana Maha Hebat. Kelak kehilangannya akan membawa 1001 penyesalan.

Mulai hari ini, baiki diri sendri. Muhasabah diri sebelum tidur, maafkan semua orang. Cuba jadi yang terbaik setiap hari. Bukanlah untuk menjadi yang terhebat, cukuplah sekadar menjadi yang terbaik untuk orang-orang yang kta sayang. Kerana tiada manusia yang sempurna, kerana itu ada syurga dan neraka. Selagi diberi nafas untuk bernyawa dibumi Tuhan ini, berjasalah. Kerana kita tidak tahu bila masanya malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita menghadapNya.

Peluklah, ciumlah, luahkan kasih sayang kepada pasangan kita yang sah, biar dia tahu betapa bertuah kita dipertemukan dengannya. Biar dia tahu, betapa hebat dirinya dimata kita, biar dia tahu bahawa dialah yang terbaik yang pernah kita miliki. InshaAllah, pasangan kita akan jujur dan setia. Berdoalah, kerana Dia saja yang mampu menetapkan hati pasangan kita.. InshaAllah..

Nukilan, 
Azlin Aziz