Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Sunday, January 29, 2012

Bercerai... Divorce... Urm...

Assalamualaikum wbt..
Salam sayang buat semua..

Entri kali ni kita nak discuss pasal BERCERAI. Dalam bahasa omputihnye is DIVORCE. Oh, tentunya semua tahu yang ia adalah perkara yang halal namun ia tidak disukai oleh Allah swt. Persoalannya, kenapa perlu bercerai? Kenapa sebuah perhubungan perlu ada pengakhirannya? Kenapa janji yang dibina harus dimungkiri?
Antara alasan-alasan yang agak meragui;
-Dah tak suka/ minat dengan pasangan
-Dah jemu dengan kerenah pasangan
-Dah tak sependapat/sehaluan
And what so ever….

Terkadang, saya tertanya, bagaimana ada pasangan yang boleh kekal dan bertahan sehingga saatnya ajal menjemput salah seorang daripada mereka, or even touched, ada juga yang sehidup dan semati. (Ketika menulis entri kali ini, saya belum mendirikan rumah tangga. Mungkin saya masih belum mendapat gambaran yang sebenar tentang duri ranjau alam rumah tangga, namun saya percya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hmbaNya - setiap masalah ada penyelesaiannya dan bercerai adalah jalan yang terakhir).



Saya pernah terfikir, bagaimana pasangan yang jelas sekali mempunyai kekurangan dari segi appearance contohnya, masih boleh bertahan malah kekal bahagia. Pasangan yang kais pagi makan pagi pun boleh setia dengan pasangan, susah senang, gelak tangis, berat ringan semua sama-sama.

Dari mana kekuatan cinta itu? Saya boleh buat kesimpulan, ia dari HATI. Kita yang tentukan hala tuju hubungn kita bersama pasangan, selain takdir. Jadi, kenapa isu penceraian mesti timbul? Tidak terfikirkah semasa bercinta, segalanya indah. Tapi bila tinggal sebumbung, tidur sebantal, segalanya berubah? Sebab dah tahu betapa masamnya ketiak pasangan tanpa calitan deodorant? Kerana tak tahan bunyi bising pasangan berdengkur? Sebab tak sanggup tatap wajah pasangan yang baru bangun tido tanpa make-up?
Bila diteliti, kadang-kadang, satu perkara kecil mampu membawa kepada keretakan rumah tangga dan seterusnya penceraian.

Saya banyak berkongsi masalah dengan orang sekeliling. Saya juga banyak mengambil ikhtibar dan menjadikan kisah-kisah mereka sebagai sempadan hidup. Kesimpuln yang boleh saya buat, sebenarnya semuanya bermula dari diri kita dan pasangan. Jujur, menerima kebaikan dan keburukan seadanya, ikhlas dan setia adalah antara ciri-ciri yang penting sebagai tunjang kebahagiaan rumah tangga. Beralah bukan bererti kalah. Dan beralah mampu mnyelamatkan ikatan sah suami isteri.

Jika semua antara kita menjadikan sifat-sifat mulia seperti rendah diri, saling menghormati hak, menerima pendapat pasangan, cuba beralah dalam suasana tegang, dan melihat kekurangan pasangan sebagai satu kelebihan diamalkan, tentu sebuah perkahwinan akan dapat diselamatkan. Dan tentunya mahligai cinta impian semua akan tersergam indah. Jangan ada yang disimpan, luahkanlah kepada pasangan kita. Tapi mestilah dengan cara berhemah. Puji pasangan setiap hari, beri pasangan waktu untuk dirinya, jangan memaksa, berbincang sebelum membuat keputusan, pertimbangkan juga keluarga dipihak mentua sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Kerana apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi juga dengan semua orang yang ada pertalian darah dengannya.

Memang ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah- “Kita tidak pernah mendapat pasangan yang salah, kita yang selalu menjadi pasangan yang salah.”

Hidup ini indah, kita dijadikan berpasangan untuk bersenang-senang. Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam yang bengkok, untuk diluruskan dengan penuh kesabaran. Lihat, semuanya bermula dari HATI. Segumpal darah yng mampu membentuk kita menjadi mulia atau sebaiknya. Kitalah yang menentukannya. Baik buruk sesuatu perkara datangnya dari kita. Ya, kita..

Jangan terlalu ego untuk seseorang yang kita sayang. Kerana kita tak hebat. Di atas sana Maha Hebat. Kelak kehilangannya akan membawa 1001 penyesalan.

Mulai hari ini, baiki diri sendri. Muhasabah diri sebelum tidur, maafkan semua orang. Cuba jadi yang terbaik setiap hari. Bukanlah untuk menjadi yang terhebat, cukuplah sekadar menjadi yang terbaik untuk orang-orang yang kta sayang. Kerana tiada manusia yang sempurna, kerana itu ada syurga dan neraka. Selagi diberi nafas untuk bernyawa dibumi Tuhan ini, berjasalah. Kerana kita tidak tahu bila masanya malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita menghadapNya.

Peluklah, ciumlah, luahkan kasih sayang kepada pasangan kita yang sah, biar dia tahu betapa bertuah kita dipertemukan dengannya. Biar dia tahu, betapa hebat dirinya dimata kita, biar dia tahu bahawa dialah yang terbaik yang pernah kita miliki. InshaAllah, pasangan kita akan jujur dan setia. Berdoalah, kerana Dia saja yang mampu menetapkan hati pasangan kita.. InshaAllah..

Nukilan, 
Azlin Aziz 

1 comment:

  1. Ass.wr.wb. moga yg punya blog ni selalu dapat lindungan dariNya. izin comment Lin.
    Nukilan yg menarik, mungkin banyak orang sudah memahami hal itu, bagaimana semestinya bersikap kepada pasangannya, saling menghargai, menghormati, tetapi dalam aplikatif masih banyak saja pasangan ( suami-istri) yang semula terlihat sangat dekat, saling sayang, berujung pada perceraian. Mungkin benar nasehat orang bijak, agar kita selalu bersatu dengan pasangan kita, maka kita harus memahami rahsia kehidupan, bahwa tidak semua yang kita inginkan/ citakan akan terwujud di dunia ini, termasuk apa yang adapada pasangan kita.

    ReplyDelete