Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, October 20, 2011

Every Husband Should Read This :)

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.





~copied~

Petua turun temurun >_<"

Entry kali ni Lin nak kongsi sedikit petua yang selalu jugak Lin amalkan (time-time rajin la kan) yang Lin dapat dari kaum keluarga, kawan-kawan dan macam-macam sumber lagi. Jangan lupa cuba tau. Janji tak mudarat :)

Penjagaan muka dan kulit:

1) Serbuk kulit rambai. Ia elok untuk kulit. Bancuh sedikit serbuk kulit rambai dengan air, gosok pada kulit muka. Ia bertindak sebagai scrub la konon. Kalau beli scrub kat kedai tu, dah la mahal, ada chemical yang boleh effect kulit pulak tu. Kan? Akhir sekali, bilas dengan air biasa. Nanti muka akan rasa segar dan bersih sangat.

2) Bagi kulit yang agak sensitif, scrub kulit rambai akan mengeringkan kulit anda. Jangan risau. Lepas buat scrub tu, bancuh sedikit madu + susu tepung + vitamin E (boleh didapati di farmasi yang berdekatan), mix them together, lepas tu sapu serata kat muka. Biarkan beberapa ketika, dan basuh dengan air bersih. Madu dan susu bertindak untuk melembab dan menyegarkan kulit manakala vitamin E tu memang vitamin yang kulit perlukan untuk cell kulit lah kan :)

3) Kalau rajin dan sumber mengizinkan, kamu boleh juga menggunakan lendir aloe vera + lendir tomato + lendir timun. Mix together dan bole pakai kat muka. Lagi bagus kalau ada putih telur ayam kampung. Pun boleh lumur kat muka.

4) Korang tahu tak umbut kelapa? Ha, ia bagus untuk kulit jugak. Masa mandi, guna kan umbut kelapa tadi untuk menggosok badan. Ia akan melembutkan kulit tau.

5) Untuk bibir kering akibat penggunaan lipstic yang tak sesuai, sapu madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. InshaAllah bibir tak kering lagi.

6) Membersihkan kuku kaki yang selalu nampak kusam akibat habuk, kamu jangan buang berus gigi lama. Berus gigi lama tu korang boleh guna untuk memberus bahagian sulit kat kaki tu. Celah-celah jari, bahagian kuku kaki, dan bahagian kaki yang lain. Nanti, kuku kaki akan nampak putih dan bersih.


Pakaian:

1) Untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian, sebelum basuh, sapu bedak powder pada kesan minyak. Biarkan sebentar, dan basuh dengan sabun mandi (guna tangan tau. sental tempat yang ada kesan minyak tadi hingga hilang kesannya).

2) Untuk mewangikan pakaian, selepas ia dibasuh dan semasa menggosok pakaian tu, kita ada sembur-sembur air untuk bagi dia mudah digosok kan? Air yang disembur pakai penyembur tadi tu (macam pelik je panggil penyembur kan? ape-ape je lah) kamu campurkan dengan sedikit pelembut pakaian. Goncang sebati, dan boleh guna untuk menggosok pakaian. Comfirm kamu wangi all day long!

Perkakas rumah:

1) Kalau korang rajin mengemas rumah, nanti korang akan terjumpa jugak dengan perkakas rumah (dapur terutamanya) yang kotor. Contohnya bahagian bawah pinggan yang nampak kehitaman (biasanya pinggan jenis milamine) betul tak? Atau pun set cawan dan teko yang ada kesan kopi atau nescafe. Kalau mak mertua tengok, memang malu kan? Jangan risau, bancuh clorox dengan air, dan rendamkan semua perkakas tu selama beberapa jam. Then, basuh dan bilas macam biasa. Comfirm kamu akan jadi menantu yang paling disayangi mentua!

2) Untuk memastikan perkakas elektrik atau dapur macam periuk tahan lama, kalau korang perasan, perkakas dapur keluaran terkini ada yang permukaan dia wane hitam tu kan? Anti lekat lah konon. Ha, yang tu korang kena betul-betul hati-hati masa basuh. Gunakan span yang paaaaaaliiing lembut. Kalau tak tanggal jugak kerak nasi tu, rendam dulu untuk sekejap. 

3) Untuk kekalkan beras supaya tahan lama, letakkan beberapa tangkai lada kering kat dalam bekas beras. Kutu-kutu beras takkan berani berkampung lagi.

4) Lantai bilik air yang slimy dan ada biofilm memang menggelikan. Selain dari guna sabun pencuci yang mungkin boleh menyebabkan licin dan bahaya kepada kanak-kanak, kamu boleh guna hampas kelapa.(Hampas kelapa yang sudah siap diperah santanyya lah ok). Jadikan hampas tu sebagai ganti sabun pencuci. 


Selamat mencubalah!
Lin type yang mana Lin teringat je. Banyak lagi petua-petua yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. 
Nanti kalau korang ada petua yang best dan nak kongsi, drop lah komen kat bawah ye.
Satu lagi petua yang saaangaaat bagus untuk muka; jangan lupa senyum selalu. Dan jangan lupa baca doa melihat cermin setiap kalu berias ok!


Sekian. 
Azlin Aziz. 

Wednesday, October 19, 2011

Saya Minta Maaf :')

Saya minta maaf.
Kita dah tak boleh kembali seperti dulu.
Awak milik orang lain.
Awak bukan milik saya.
Kita tak mungkin bersama.
Hati saya sudah terisi.

Walau awak merindukan saya.
Walau awak berusaha untuk menambat hati saya.
Walau awak merayu untuk kembali.

Saya terharu kerana awak masih merindu.
Tapi saya tak dapat berbuat apa-apa.

Saya minta maaf saya buat begini.
Percayalah, ia untuk kebaikan.
Saya minta maaf jika ia nampak kejam.
Tapi percayalah, ia untuk masa depan.

Hargailah dia.
Yang menyayangi awak dengan sepenuh hatinya.
Hati saya tak mungkin dapat berbuat begitu untuk awak lagi.
Hargailah dia.
Yang sudi berkongsi susah dan senang.
Yang sudi bertarung nyawa untuk menyambung zuriat keturunan awak.
Yang patuh dan setia pada awak.

Saya minta maaf. 
Saya bukan yang dulu lagi.
Segalanya sudah berubah.
Terimalah takdirNya.
Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Terimalah, saya bukan tercipta untuk bersama awak.
Lupakan saya.
Sayangi dia.
Bencikan saya.
Cintailah dia.
Buang cerita dulu.
Cipta cerita baru yang lebih bahagia.
Jauhkan diri dari saya.
Kerana dia bakal melahirkan si bayi comel yang akan berbintikan nama awak.

Cukuplah. 
Saya sudah ada yang punya.
Pengganti awak ini bukan yang sempurna. 
Namun cukuplah jika dia menyintai saya seadanya.
Dia bukanlah yang paling baik.
Namun dia memahami saya.
Dia bukanlah yang paling kaya.
Namun dia mampu menjaga saya.
Dia bukanlah yang pandai segalanya.
Tapi kami masih mencuba yang terbaik.

Tolonglah faham. 
Hanya itu yang saya harapkan.

By: Azlin Aziz.

Saturday, October 15, 2011

Saya Tak Tahu :)

Kenapa saya cintakan awak?
Seriously, saya tak tahu. 

Awak bukan ada apa-apa pun. Macam lelaki biasa saja. Tapi, kenapa saya cintakan awak?

Sebab dah takdirnya memang begitu.
Sebab kita dah dipertemukan.

Pernah awk terfikir macam mana ia terjadi?
Sumpah, saya pun tak tahu.
Ia tak dirancang kan?

Kenapa saya cintakan awak?
Entah, saya betul-betul tak tahu.
Awak bukan selalu jaga hati saya pun. Awak selalu jugak marah-marah saya. Tapi, kenapa saya masih pilih awak?

Sebab saya dah janji, selagi awak perlukan saya, saya akan selalu bersama awak.
Sebab dalam hati saya hanya ada awak sorang.

Awak pun sayangkan saya macam saya sayangkan awak tak?
Awak sweet sangat bila depan saya. 
Awak selalu tolong bawakkan handbag saya bila saya mengadu bahu saya lenguh.
Awak selalu letakkan makanan dalam pinggan saya.
Awak tolong amikkan saya air.
Kita makan eskerim sama-sama.

Kita jalan-jalan pusing mall tanpa rasa penat walaupun kaki saya dah lenguh-lenguh. Tapi saya jalan jugak. Awak tahu kenapa? Sebab saya suka dengar awak berceloteh. 
Awak selalu ada idea untuk hiburkan saya.
Awak selalu buat muka comel awak tu. >_<" Comel sangat!

Saya tahu, awak nak belikan saya bear besar tu, tapi awak segan sebab saya dah tahu harganya kan?
Awak selalu sudi temankan saya kemana-mana saya nak gi.

Awak tahu tak, saya segan nak cakap depan-depan. Saya jadi malu bila tengok muka comel awak.

Tapi saya nak cakap jugak kat sini, dengan harapan awak baca blog saya.
Tapi awak janji, awak jangan gelakkan saya tau?
(: Saya + nak + kawen + dengan + awak  :)
Serious, saya tengah malu sangat ni ;)


Ok. Bye. Hihi. *Malu giler*

Wednesday, October 12, 2011

Standing in the Eyes of the World :)

Looking back all the years, all the sacrifice
If you want to be the best, you've got to pay the price
You learn it from the very start just how hard you must try
'Coz if you don't spread your wings then you can't fly
Look at where you are today
Did you ever think that you would come all this way?

(And) Now you're 
"Standing in the Eyes of the World"
Only moments away from what can be
There's a passion in the heart of a few
Ever waiting inside to be set free
When the time comes and your spirit
Takes flight and you reach into
Your soul and live it with all of your might
And there's no surprise that you're
(And everyone tries who you're)
"Standing in the Eyes of the World"

Many have hopes and dreams that will not come true
And all of them left behind now they will live in you
Everyone feels the same once a day in the sun
But sometimes there's only room for one
Never ever been so near now the chance is finally here

To be the best, you need to sacrifice. No matter what, no matter how hard. 
At the end of the day, you will feel the difference. 
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.
Good Luck!

By: Azlin Aziz >_<"

Tuesday, October 11, 2011

Ape tu SIVIK?

"Takde sivik punye budak!"
Biasa dengar tak?
Mungkin biasa terjadi dalam hidup sehari-hari kita kan?

Perlu ke sivik tu?
Adalah beberapa kes seperti yang tersenarai dibawah yang selalu buat kita rasa bengang:

1) Makcik cleaner tengah mop lantai. Lalu lah seorang budak perempuan dengan muka sombong dan megah.
~ Pernah tak terfikir kalau makcik cleaner tu adalah mak kita? Kita buat macam tu gak ke? Sanggup? At least, cuba cari alternaltif jalan lain sebelum redah je lantai yang baru je makcik tu mop. Kalau tak boleh jugak, senyumlah kat makcik tu, mintak izin nak lalu. 

2) Mungkin rasa macam dah gorgeous sangat, suka-suki je nak potong queue. Ingat cafe ni bapak dia punya ke? Pastu wat plak muke tak bersalah. 
~ Hormatlah orang yang ada disekeliling, kalau nak orang disekeliling hormat kita. Kalau hari ni kita rasa mereka tak penting dalam hidup kita, mana tahu satu hari nanti kita pulak yang perlukan khidmat mereka?

3) Menonong je lalu depan orang tanpa membongkok sedikit badan. Dah lah takde adab, pegi sepak pulak lutut orang yang duduk. Tak pusing untuk mintak maaf lak tu.
~ Orang tua-tua kan selalu pesan, kalau nak lalu depan orang, bongkokkan sedikit badan tanda hormat. 

Banyak lagi kes-kes kurang ajar yang terjadi dalam hidup seharian. Kalau nak senarai semua, jenuh lah nak baca karangan saya. Moral of the story, apa salahnya kalau kita buat baik dengan semua orang, mudah-mudahan akan dibalas baik juga.

Mengikut pengalaman, tak semestinya orang yang mempunyai rupa  yang elok memiliki sifat sivik yang elok juga. Senang citer, pempuan cantik, tak semestinya berperangai elok :)

Renung-renungkanlah, hanya sekadar peringatan bersama >_<"

Created by: Alin Aziz.



Thursday, October 6, 2011

Kenapa Allah buat macam tu?

Kenapa Allah ciptakan adam dan hawa? Kenapa sejak dari sebelum tercantumnya ovum dan sperm, Allah dah tentukan segala-galanya?

Kenapa semasa pembahagian sel untuk gamet (Ovum dan sperm), Allah ciptakan hanya sebiji ovum yang wanita hasilkan setiap bulan, tetapi berjuta-juta sperma dihasilkan oleh kaum adam? Kenapa Allah tak ciptakan 1 sperm, dan 1 ovum sahaja? Jadi tak payahlah semua sperma berebut. 

Kerana Allah ciptakan lumrah manusia begitu. Terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan. Ovum dihasilkan hanya satu biji setiap bulan, kerana kualitinya. Sperm dihasilkan berjuta-juta setiap kali lelaki replenish sperm's production kerana kuantitinya. 

Tahu kenapa? Kerana setiap sperm yang berusaha memikat ovum semasa proses persenyawaan itu adalah sperm yang selayaknya bergabung dengan ovum tersebut ---> we call it as a WINNER. Hanya satu sperm diantara berjuta-juta yang dilepaskan dapat bergabung dengan ovum. Amazing bukan?

Itulah kita. Seperti sedia maklum, sperm dihasilkan oleh kaum lelaki, dan seperti asal kejadiannya, lelaki perlu kuat. Sejak dari sperm lagi, mereka perlu compete antara satu sama lain, travel dalam sistem pembiakan wanita untuk mencari ovum dan bersatu dengannya. Mereka berlumba against the concentration, against the gravity to reach ovum yang bersifat stationary. Begitu juga wanita. Wanita hanya banyak menunggu dan melihat. Dan menjadi tulang belakang seorang lelaki bila mana dia diperlukan. It reflects the condition where when fertilization occurs, wanita yang banyak mengambil alih kerja-kerja tumbesaran bayi sehingga tempoh melahirkan.

Pernah kita terfikir? Kenapa Allah jadikan kita begitu? Ya, lelaki dan wanita banyak bezanya. In reality, lelaki perlu berkerja keras membanting tulang untuk menjamin kesejahteraan hidup dan pasangan. Wanita? Lebih kepada urusan rumah tangga membantu lelaki. 

Besar hikmahnya bukan? Ternyata, setiap kejadian yang Allah ciptakan itu bukanlah sekadar mengadakan sahaja, namun ia banyak memberi maksud tersirat disebalik segala kejadian ciptaanNya. 

Maha suci Allah yang menjadika kita sebagai seorang pejuang yang berjaya. Tiada antara kita yang loser, hanya kerana hidup ini tak selalu indah, dan hanya kerana putaran hidup umpama roda. Tak selalu di atas, juga tak selalu di bawah. Berusahalah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang tabah >_<"

Alahmdulillah dengan ilmu yang ada, semoga ia bermanfaat. Amin.
Thanks for reading.
By: Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz.
Final-year student; Ba(Hons.) Biology, UiTM Shah Alam.

Tuesday, October 4, 2011

Saya tak faham :'(

Kenapa tergamak melakukan perkara itu?
Bayi yang tak berdosa diperlakukan umpama sampah sarap. Tak ada hati perut langsung. Paling latest, remaja 19 tahun mencampakkan bayi dari tingkat 2 rumah flat ke dalam longkang. 



Ke mana naluri keibuan seorang wanita? Anak yang terhasil dari kasih sayang, anak yang dikandung selama 9 bulan, dicampak macam tu je? Sekurang-kurangnya berilah kepada orang yang memerlukan. Dosa berzina belum tentu terampun, ditambah lagi dengan dosa membunuh.

Apa nak jadi dengan kita semua? Saya tak faham. Saya belum mempunyai anak, malah belum mendirikan rumah tangga, tapi saya sangat sadis dengan kisah-kisah sebegini. Cukup-cukuplah MEMBUNUH. :'(

Saya betul-betul tak tahan. Kita? Tengok je? Apa nak buat?

Semoga roh-roh bayi yang tak berdosa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Amiin.

Sunday, October 2, 2011

Allah Jagakan Dia untuk Saya ya?

Kalau dah ditakdirkan dia tercipta untuk saya, Allah jagakan dia untuk saya ya?
Kalau dah tersurat saya akan bersamanya susah dan senang, Allah jagakan dia untuk saya ya?
Kalau dah jodoh kami, Allah jagakan dia untuk saya ya?


Walaupun saya ada rindu yang membuak-buak untuknya, 
Walaupun saya terpaksa buat-buat sibuk untuk kurangkan masa mengingatinya, 
Tapi setiap kali saya bernafas, setiap kali itulah hati saya tak jemu-jemu mendoakan keselamatannya.


Sesungguhnya saya bersyukur dipertemukan dengannya,
Jika dialah yang terbaik untuk saya, saya redha.


Ya Allah, 
Saya mohon, jika benar saya akan bahagia bila bersamanya,
Panjangkanlah umur kami untuk merasa manisnya cinta,
Panjangkanlah umur kami untuk bersama-sama beribadat menyembahMu,
Sucikanlah hati kami agar kami tetap bersamaMu,
Bahagiakanlah kami selagi kami diberi rahmat untuk bernafas dibumiMu.


Dimana pun dia berada, 
Saya tetap mengingatinya,
Saya tetap mendoakannya,


Apa pun yang sedang dia lakukan,
Saya tetap menyokongnya,
Saya akan bersedia menjadi tulang belakangnya.


Apapun masalahnya,
Saya tetap akan menjadi pendengar setia,
Saya akan berusaha menenangkannya.


Apapun kesalahan yang dia lakukan,
Saya akan memaafkannya,
Saya akan sentiasa memberinya peluang selagi dia menghargai peluang yang ada.


Apapun kemungkinan yang mendatang,
Saya tetap akan berusaha melakukan yang terbaik.
Kerana kami sudah dipertemukan, 
Kerana kami sudah berjanji,
Kerana kami perlu setia,
Kerana kami sedang berusaha.


Ya Allah, kalau dia bukan untuk saya, jadikanlah dia milik saya >_<"
Ya Allah,
Jagakanlah dia untuk saya ya?


Specially dedicate to my loved ones; Pa, Ma, Siblings, Relatives, and My Special Boyfriend. Thanks to all for your support.


Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz.
Ba(Hons.) Biology Student, UiTM Shah Alam.