Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, October 20, 2011

Petua turun temurun >_<"

Entry kali ni Lin nak kongsi sedikit petua yang selalu jugak Lin amalkan (time-time rajin la kan) yang Lin dapat dari kaum keluarga, kawan-kawan dan macam-macam sumber lagi. Jangan lupa cuba tau. Janji tak mudarat :)

Penjagaan muka dan kulit:

1) Serbuk kulit rambai. Ia elok untuk kulit. Bancuh sedikit serbuk kulit rambai dengan air, gosok pada kulit muka. Ia bertindak sebagai scrub la konon. Kalau beli scrub kat kedai tu, dah la mahal, ada chemical yang boleh effect kulit pulak tu. Kan? Akhir sekali, bilas dengan air biasa. Nanti muka akan rasa segar dan bersih sangat.

2) Bagi kulit yang agak sensitif, scrub kulit rambai akan mengeringkan kulit anda. Jangan risau. Lepas buat scrub tu, bancuh sedikit madu + susu tepung + vitamin E (boleh didapati di farmasi yang berdekatan), mix them together, lepas tu sapu serata kat muka. Biarkan beberapa ketika, dan basuh dengan air bersih. Madu dan susu bertindak untuk melembab dan menyegarkan kulit manakala vitamin E tu memang vitamin yang kulit perlukan untuk cell kulit lah kan :)

3) Kalau rajin dan sumber mengizinkan, kamu boleh juga menggunakan lendir aloe vera + lendir tomato + lendir timun. Mix together dan bole pakai kat muka. Lagi bagus kalau ada putih telur ayam kampung. Pun boleh lumur kat muka.

4) Korang tahu tak umbut kelapa? Ha, ia bagus untuk kulit jugak. Masa mandi, guna kan umbut kelapa tadi untuk menggosok badan. Ia akan melembutkan kulit tau.

5) Untuk bibir kering akibat penggunaan lipstic yang tak sesuai, sapu madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. InshaAllah bibir tak kering lagi.

6) Membersihkan kuku kaki yang selalu nampak kusam akibat habuk, kamu jangan buang berus gigi lama. Berus gigi lama tu korang boleh guna untuk memberus bahagian sulit kat kaki tu. Celah-celah jari, bahagian kuku kaki, dan bahagian kaki yang lain. Nanti, kuku kaki akan nampak putih dan bersih.


Pakaian:

1) Untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian, sebelum basuh, sapu bedak powder pada kesan minyak. Biarkan sebentar, dan basuh dengan sabun mandi (guna tangan tau. sental tempat yang ada kesan minyak tadi hingga hilang kesannya).

2) Untuk mewangikan pakaian, selepas ia dibasuh dan semasa menggosok pakaian tu, kita ada sembur-sembur air untuk bagi dia mudah digosok kan? Air yang disembur pakai penyembur tadi tu (macam pelik je panggil penyembur kan? ape-ape je lah) kamu campurkan dengan sedikit pelembut pakaian. Goncang sebati, dan boleh guna untuk menggosok pakaian. Comfirm kamu wangi all day long!

Perkakas rumah:

1) Kalau korang rajin mengemas rumah, nanti korang akan terjumpa jugak dengan perkakas rumah (dapur terutamanya) yang kotor. Contohnya bahagian bawah pinggan yang nampak kehitaman (biasanya pinggan jenis milamine) betul tak? Atau pun set cawan dan teko yang ada kesan kopi atau nescafe. Kalau mak mertua tengok, memang malu kan? Jangan risau, bancuh clorox dengan air, dan rendamkan semua perkakas tu selama beberapa jam. Then, basuh dan bilas macam biasa. Comfirm kamu akan jadi menantu yang paling disayangi mentua!

2) Untuk memastikan perkakas elektrik atau dapur macam periuk tahan lama, kalau korang perasan, perkakas dapur keluaran terkini ada yang permukaan dia wane hitam tu kan? Anti lekat lah konon. Ha, yang tu korang kena betul-betul hati-hati masa basuh. Gunakan span yang paaaaaaliiing lembut. Kalau tak tanggal jugak kerak nasi tu, rendam dulu untuk sekejap. 

3) Untuk kekalkan beras supaya tahan lama, letakkan beberapa tangkai lada kering kat dalam bekas beras. Kutu-kutu beras takkan berani berkampung lagi.

4) Lantai bilik air yang slimy dan ada biofilm memang menggelikan. Selain dari guna sabun pencuci yang mungkin boleh menyebabkan licin dan bahaya kepada kanak-kanak, kamu boleh guna hampas kelapa.(Hampas kelapa yang sudah siap diperah santanyya lah ok). Jadikan hampas tu sebagai ganti sabun pencuci. 


Selamat mencubalah!
Lin type yang mana Lin teringat je. Banyak lagi petua-petua yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. 
Nanti kalau korang ada petua yang best dan nak kongsi, drop lah komen kat bawah ye.
Satu lagi petua yang saaangaaat bagus untuk muka; jangan lupa senyum selalu. Dan jangan lupa baca doa melihat cermin setiap kalu berias ok!


Sekian. 
Azlin Aziz. 

No comments:

Post a Comment