Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, December 22, 2011

Wonderful Day :)

Assalamualaikum wbt...


Hello...

Wah, banyak kerja masih sempat berblogger kan? I just wanna share something with you guys. Sebab hari ni is the most wonderful day that I ever had. 

Okay, semalam dan hari ni presentation proposal FYP untuk student BSc (Hons.) Biology. Perkara yang paling buat student tak lena tidurlah. Time-time ni lah makan tak habis, tidur termimpi-mimpi, mandi tak sampai 5 minit..  Masa terasa sangat cepat berlalu.

Setelah apa yang dilalui selama satu semester ni, Alhamdulillah, tiba turn saya tadi. Syukran ya Allah, semuanya berjalan lancar. Lebih-lebih lagi dapat thumbs up daripada supervisor sendiri. Pagi-pagi dapat mesej daripada ma," Usaha sudah. Ikhtiar pun sudah. Sabar. Tenang. Berserah pada Ilahi. Sesungguhnya Tuhan maha adil. Try your best. K." Memang touching. Lepas presentation, tengok senyuman supervisor, lagilah rasa touching. Call ma, dengar je suara ma, bercucuran air mata kegembiraan semasa share berita gembira tadi dengan ma dan pa. Malu juga nak share, tapi setelah bertunggang terbalik selama satu semester ini berbayar. Sudi-sudilah tonton vid yang tak seberapa nie :)


Kenapa Lin share semua ni? Bukan nak berlagak, bukan nak propa. Everybody ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lin takdelah gempak sangat. Tapi apa yang saya nak cakap kat sini ialah, dalam apa jua kerja yang kita lakukan, usaha dengan setulus hati, berdoa setiap waktu dan bertawakkallah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kelas terakhir Philosophy of Science tadi, Prof. Kamal berpesan supaya jangan berhenti untuk menjadi cemerlang. Cemerlang kita, cemerlang generasi akan datang. Jangan berputus asa, sentiasa cuba improve potensi diri dan sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik. InshaAllah, Dia tidak akan menghampakan kita. 

Buat semua kawan-kawan, tahniah. Semoga kita semua beroleh kecemerlangan di dunia, dan akhirat. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Saya pernah gagal. Pernah mengecewakan harapan kedua ibu bapa saya. Pernah rasa tidak berguna kerana tidak dapat memberikan mereka yang terbaik. Tetapi, Allah maha adil. Dia tidak memakbulkan doa saya dulu bukan kerana Dia tidak mahu memberikan apa yang saya mahu. Malah, Dia memberikan apa yang saya perlu. Saya bukan pelajar cemerlang semasa dibangku sekolah dulu. Malah, saya pernah berada dikelas yang bukan pertama. 

Percaya pada diri, sentiasa berfikiran positif, tidak selalunya kita dibawah. Hidup umpama roda. Namun bila sudah berada diatas, jangan lupa untuk melihat kebawah; yakni jangan sombong. Jangan bangga diri, sentiasa menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan. Kerana kita tidak tahu bila pula turn kita menghadapi kesulitan. Kalau bukan orang yang tolong, Allah sendiri yang akan tolong. Percayalah, Allah itu maha bijaksana dalam mengatur rancanganNya. Ada yang lebih baik buat kita jika kita mentaati perintahNya.. 

Semoga ia menjadi suatu permulaan yang baik untuk generasi yang akan datang. Didik diri kita sebagai wanita yang terbaik, inshaAllah akan terdidik generasi yang akan kita lahirkan nanti. Amiin...

Kat sini ada gak gambar kawan-kawan yang sempat lagi pose walaupun jantung sedang berdegup kencang :)











Thank you. 
by; Miss Azlin Aziz.

Saturday, December 17, 2011

Layakkah Saya Untuknya?

Assalamualaikum wbt..
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Berdoalah. 
Wanita baik untuk lelaki yang baik.

Saban hari daku berdoa semoga dipertemukan dengan hambaNya yang soleh.
Tapi, layakkah daku memiliki insan soleh itu?


Saban hari daku mengharapkan semoga jodohku nanti mampu membimbingku ke jalan yang diredhaiNya.
Tapi, mungkinkah daku dipertemukan dengan insan soleh itu?


Sesungguhnya daku bimbang jika diriku tidak sesoleh dia...
Dia yang sentiasa manjaga pandangannya,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang kuat semangatnya,
Yang tidak pernah menyerah kalah,
Yang suka kepada amalan kebajikan,
Yang sentiasa menimba ilmu,
Yang mempunyai cita-cita yang melangit,
Yang sangat tegas dengan keputusannya,
Yang sentiasa memahami,
Yang sedar akan tanggungjawabnya,
Yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Yang sentiasa mengingatkan ku ke tentang kebaikan..






Layakkah daku untuk memilikinya?


Semoga Allah memakbulkan doaku untuk menjadi hambaNya yang solehah supaya nanti daku layak menjadi milik si dia yang soleh... Amiin.. 

Thursday, December 15, 2011

Nota Untuk Si Gadis Chanteq :)



Gadis,
Bersyukurlah setiap hari dengan apa yang ada
Senyumlah walaupun kadang-kala kebenaran itu pahit
Bangkitlah walau kamu pernah tersungkur
Sentiasalah berusaha walau banyak halangannya
Jagalah dirimu wahai gadis
Kesucianmu jangan dikotori oleh tangan sendiri
Kamu lebih berharga dari nilaian emas dan permata.

Gadis,
Cubalah menjadi yang terbaik setiap hari
Cubalah bangun dan terus berdiri
Carilah sesuatu untuk kebaikanmu

Kuatkan hatimu saat disakiti
Kuatkan imanmu saat dikhianati
Teruskan tersenyum walau ia pahit
Dekatkan dirimu pada Sang Pencipta 

Jagalah dirimu untuk putera yang bakal menakluki hati dan hidupmu
Kerana dialah yang akan menjaga dan membimbingmu ke jalanNya
Jadilah yang terbaik jika mendambakan pasangan yang baik
Kerana telah dijanjikan olehNya wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga.

Gadis,
Malumu menjadi benteng
Kelembutanmu mampu mencairkan
Lenggok badanmu mampu menggetarkan jiwa-jiwa jejaka
Berhentilah menyeksa mereka
Berhentilah menyalahkan mereka
Berusahalah untuk menyelamatkan mereka
Cubalah untuk menjaga pandangan mereka
Kerana mereka hanya dikurniakan dengan satu nafsu
Kerana nafsu itu besar
Kerana nafsu itu melalaikan
Kerana nafsu itu mampu merosakkan
Sembilan akal yang dikurniakan kepada mereka belum tentu mampu untuk mengalahkan nafsu yang satu

Gadis,
Untuk berubah kearah kebaikan adalah susah
Tetapi cubalah, lawanlah, berkeraslah..
Kerana setiap kebaikan akan manis dipenghujungnya
Yakinlah dengan janji Tuhan
Betapa Tuhan sayangkan mu
Banyak kelebihan yang Dia kurniakan buatmu
Kau mampu membawa beban dikala saratnya benih cinta
Kau mampu mengalirkan air mata disaat kau tak berdaya kerana air mata bukanlah tanda kelemahan, tetapi ia menambahkan kekuatan
Kau mampu menghilangkan dahaga si kecil
Kau mampu kuat disaat pasanganmu rebah
Cintamu mampu merubah duniamu menjadi syurga
Kau mampu berdiri dan terus berlari untuk orang yang kau sayangi.

Lihat Gadis,
Betapa dirimu berharga
Dia tak pernah menjauh
Dekati Dia
Hampiri Dia
Mohonlah padaNya
Agar dikurnia 
Seorang putera yang mampu membawa kita lebih dekat kepadaNya :)

Let's change the world.
Start anew.
We are MUSLIMAH.
Keep praying.
InshaAllah.



Wednesday, December 7, 2011

Putus Chenta?

Assalamualaikum wbt..


Hello >_<"


Wah, cintan cintun plak topic malam ni kan...


Best bercinta? Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Mungkin sama, mungkin berbeza. 
Salah ke bercinta? 
Kenapa bila bercinta mesti ada time break, putus terus... bla..bla..bla...


Kenapa mesti ada part putus chenta?


1) Tak serasi lagi.
 Bila hati dah tak sayang, semua nampak serba tak kena kan? Dia dah tak sewangi dulu, kenapa si dia pakai make up macam lontong?, mana pergi six pax jejaka ni dulu?, kenapa perut dia dah buncit... bla.. bla.. bla.. pelbagai alasan.

2) Bila hati terpaut pada yang baru.
Sentiasalah nak banding-bandingkan yang sedia ada dengan yang baru. Cakap sikit dikatakan membebel. Tegur sikit dikata marah. Mesej sikit dikata rimas. Uhhh...

3) Bila dah rasa diri lebih layak mendapat seseorang yang lebih sempurna.
 Erk, no comment. Ada ke manusia sempurna?

Putus chenta memang menyakitkan, terutama bagi yang sangat setia dan ditinggalkan tanpa dia sendiri tahu kenapa dan mengapa. 


Bagi yang sedang putus chenta, let's do these:


1) Jangan duduk seorang diri. Cari teman, lupakan dia. Dia tidak layak untuk berada dalam minda kamu walau sesaat pun.


2) Buang semua kenangan yang boleh mengingatkan kamu pada si dia.


3) Apapun yang kamu sedang buat sekarang, try to improve yourselves. Jangan biarkan si dia melihat hidup kamu merana. Buktikan padanya yang kamu mampu berada lebih tinggi tanpa dia disisi kamu.


4) Jangan cepat cari pengganti. Khuatir nanti kamu hanya akan menjadikan orang baru itu sebagai tempat penghilang sunyi.


5) Sentiasalah berdoa supaya nanti ditemukan dengan orang yang menyayangi kamu lebih daripada dia. Kamu juga harus bersyukur kerana belum mengikat apa-apa ikatan dengannya. Bayangakn jika dia melakukan perkara yang sama semasa dalam usia perkahwinan kamu?!


6) Wake up, don't be too sad. Hidup kita tak lama. Tak perlu membazir masa untuk orang seperti si dia. Masa depanmu lebih penting.


7) Sentiasa positif dan yakin pada diri sendiri. Lakukan hobi dan minat bersama orang-orang sekeliling. Tak ada kesilapan, tak ada pengajaran. Betul tak?






Nampak senang? Type memang senang. Tapi hati kita yang menaggung. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kan? Penulis faham. Kerana penulis juga pernah berada dalam situasi yang sama. :)


Life is beautiful. 
Cherish it, Love it. 
Regardless what mistakes are made, we will march on to victory!
Kerana kita mungkin tidak akan menikahi orang yang kita cintai, tetapi kita akan mencintai orang yang kita nikahi

Percaya, bahawa penggantinya nanti PASTI yang terbaikk!!
With love, Azlin Aziz.

Monday, December 5, 2011

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum w.b.t., and
Hello peeps!






Okay, pernah tak rasa terbakar dengan sesuatu? Kerenah orang sekeliling, result yang tak pernah membanggakan, kerja yang berlambak-lambak tapi tak pernah siap, kena marah atas sebab kesalahan orang lain, etc. Marah itu perlu, tapi biarlah bertempat. Sesungguhnya, sabar itu lebih indah. 


Tapi kenapa perlu bersabar? Marah je! Biar padan muka dia! 


Hahaha. Buruk lah muka kita kalau marah-marah. Cuba tengok kat cermin. Kan?


Ingat tak, Innallahama'assoobiriinn... Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. 


Sabar itu perlu sebab:


1)  Allah yang suruh. Berzikirlah kalau tak tahan sangat.
2) Orang yang suka marah-marah boleh cepat tua tau.
3) Allah menjanjikan ganjaran buat orang yang sabar.
4) Wanita cantik dan lelaki kacak kena banyak-banyak bersabar.
5) Sabar melatih kita untuk menjadi seorang mukmin yang baik dan meningkatkan keimanan kita.


I'm always believe in karma - What Goes Around Will Comes Around. 
Selalu positive thinking about others, treat others the way you want to be treated.
Papa always said - "Keselamatan untukmu lantaran kamu bersabar."
Memang susah untuk kita buat, tapi percayalah akan tiba suatu masa dimana kita akan rasa kemanisan bersabar.
Kadang-kadang Allah uji kita dengan ujian yang kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa hikmahnya. Iman bukan diukur dengan sebanyak mana seseorang itu bersolat atau mengaji al-Quran. 
Tapi akan sempurna iman bila kita mampu bersabar dan bersyukur apabila ditimpa musibah.
Seperti biasa, teruskan bersabar, dan keep your sweet smile!




Tn. Azlin Tn. Abdu Aziz
Final Year Student
BSc. (Hons.) Biology
UiTM Shah Alam.

Saturday, December 3, 2011

Persediaan Untuk Menjadi Seorang Wanita, Isteri, dan Ibu.

Ola :)


Topic hari ni macam tertera kt atas. Wah, macam tak sabar-sabar lagi kan? 
Bukan begitu.
Apepun, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Practice make perfect isn't?

1) Belajar Agama.
~ Paling penting. Untuk menjadi seorang wanita yang tenang dan matang, ilmu agama cukup penting. Selain itu, ia juga penting sebagai asas untuk melayari bahtera rumah tangga dan menjadi seorang ibu yang prihatin dan bertanggungjawab.


2) Belajar Menghormati.
~ Sebagai seorang wanita dan bakal menjadi seorang isteri kelak, kita perlu belajar menghormati hak-hak privacy suami. Hormat bila beliau membuat keputusan, dan sentiasa meletakkan keluarga ditahap tertinggi. 


3) Belajar Bersabar.
~ Wanita cantik harus sentiasa bersabar. Tidak kira apa pun dugaan yang menimpa, kesabaran perlu sentiasa ditahap maximum. Ingat, dugaan adalah guru terbaik kepada setiap pengalaman.


4) Belajar Setia dan Patuh.
~ Semasa bercinta, lain situasinya dengan alam rumah tangga. Bila dah menjadi ISTERI, tanggungjawab sudah berbeza. Kalau masa bercinta, kita boleh buat apa yang kita rasa betul. Tapi bila dah kahwin, layanan pasti berbeza. Ia lebih kepada kepatuhan pada permintaan dan arahan suami. Tapi ingat, patuh hanya pada sesuatu yang tidak melanggar syariat agama.


5) Belajar Menerima Seadanya.
~ Juga penting. Sentiasa menyokong suami dikala susah dan senang. Terima seadanya keadaan suami. Tidak selalu kita di atas. Pasti ada ribut yang singgah. 


6) Belajar Bertolak Ansur.
~ Paling susah untuk dilakukan. Tapi harus diingat, cuba praktis dari sekarang, cuba bertolak ansur dengan kawan-kawan, tidak cuba menimbulkan pergaduhan untuk hal-hal remeh, dan sentiasa berfikiran positif. Sebagai isteri, lagi banyak perkara yang kita perlu bertolak ansur.


7) Belajar Masak dan ERT.
~ Haaa... Part ni paling seronok. Belajar masak bukan take overnight untuk pandai. Banyak kali tau buat baru betul-betul menjadi. Untuk tawan hati suami, tawan perut beliau dulu. Kalau pandai masak, mentua pun sayang. InshaAllah. Anak-anak pun tak terbiar dan diet mereka akan teratur nanti.


8) Belajar Melawa.
~ Hehe. Yang paling best part ni lah. Saya suuukaa melawa. Belajar melawa sekarang. Bukan untuk siapa-siapa, untuk suami juga. Dirumah nanti jangan pakai kain batik lusuh dengan baju t-shirt je. Pakailah pakaian elok dan seksi sikit. Bukan orang lain, suami kita jugakkan? >_<"


9) Belajar Senyum.
~ Part ni paling tak ramai yang buat. Muka dah cantik, figure dah lawa, tapi susah senyum. Ish. Senyumlah walau kadang-kadang ia pahit. Penting bila saat berhadapan dengan suami yang kepenatan pulang dari tempat kerja, tetiba tarik muka masam. Ia tak susah, cuma perlu praktis. Lagipun senyum itu kan sedekah?


10) Belajar Berdikari.
~ Jangan mengharapkan orang lain dalam semua benda. Cuba ikhtiar sendiri. Cuba lakukan sendiri. Pasti si suami tersenyum dan bangga mempunyai seorang isteri yang pandai berdikari. 


.Semoga dengan izinNya, kita mampu berubah untuk menjadi seorang wanita, isteri dan ibu yang sempurna. Cuba untuk menjadi yang terbaik, cuba untuk memupuk jiwa dan hati menjadi insan mulia, dan cubalah rajin-rajinkan diri untuk membaca kisah-kisah isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Contohi mereka, jadikan alam rumah tangga suatu saat terindah dalam hidup. Cuba curi peluang untuk masuk ke Jannah Allah SWT dengan satu-satunya cara termudah iaitu dengan mentaati suami dan ibu bapa. InshaAllah, kebahagiaan yang hakiki milik kita. Amiin.

Thursday, December 1, 2011

How Do You Overcome Stress?

Hello peeps!


How are you? Busy enough? Have to stay up all night long?
Haha.. That's the real life of struggling. Isn't? 

Let's share something - the ways that can be used to reduce stress :)






Follow these 'S' steps to be happy and push away your STRESS!


1) Smile.
---> No problems that can't be settled. Sometimes, you have to give yourself times to relax. Let your mind do its work with joy. Do not force. Only YOU know your own ability. Do it right. A gorgeous person will always SMILE >_<"

2) Share.
---> Nobody is born to be alone. Share with your buddy. Parents, friends, girl/boyfriend, families, wife, husband, bla bla bla.. Why don't you share your problems with them? May be they can't help, but believe me you will feel better. REMINDER: Share only with people who you trust most okay? :)

3) Sweets.
---> Hey, do you know, sweets can reduce stress! Oh, that's a good news for me :) If you are in stress mood, try to get some sweets, especially chocolates. Yup, there was research done and it has proved that sweets can give you the feeling of relaxation. If you noticed; STRESSED = DESSERTS (spell it backwards). Actually, not really chocolates (I suggest it because I'm chocoholic :) ). Some kinds of sweets, as long as it is sweet and we can eat.


4) See and Seek.
---> Last but not least, SEE and SEEK?. Erk, what is that? 
See it not as a burden. See it from the positive sight of view. See it with your heart. See the significance why Allah gives you something bad now. May be He wants give you the most best things tomorrow? Who knows. :) Seek for Allah's forgiveness. May be Allah tries to remind you so that you turn back to Him. Papa always says that, if you want to be happy in life, always keeps positive thinking on others. 


Easy isn't? We are not born to be a loser. For quite sometime, to be a great winner, you HAVE to lose something. Because none of us are perfect. No pain, no gain. 


Always believe in qada' and qadar, because Allah knows what best fits you. Do not ever regret. 
Keep smiling, keep believing, and keep praying. 
InshaAllah, everything will be just fine. Okay? 
Life is short. Make every moment valuable. 
Happy always >_<"
Assalamualaikum :)

Sunday, November 27, 2011

Tentang Hati :)







Andai dia tahu, hati ini serapuh kaca,
--> sudah pasti dia tidak akan mencuba utk menyakiti.


Andai dia tahu, hati ini sebenarnya hanya ada dia,
--> sudah pasti dia tidak akan cuba untuk melukai.


Andai dia tahu, hati ini menginginkan pujukan,
--> sudah pasti dia segera menelefonku utk memujuk.


Andai dia tahu, hati ini ingin bercerita,
--> sudah pasti dia akan mendengar dengan penuh rela.


Andai dia tahu, hati ini hanya ingin berkongsi segala,
--> sudah pasti dia bersedia untuk memberikan bahunya utk bersandar.


Andai dia tahu, hati ini hanya berdetik seiring dengan namanya,
--> sudah pasti dia tidak akan mengkhianati hati ini utk kesekian kalinya.


Andai dia tahu, hati ini pernah terluka,
--> sudah pasti dia segera membalutinya dgn kasih sayang.


Andai dia tahu, hati ini amat rindu padanya,
--> sudah pasti dia akan segera kembali.


Andai dia tahu, hati ini memerlukannya,
--> sudah pasti dia sentiasa disisi utk mengisi ruang itu.


Andai dia tahu, hati ini sentiasa menunggunya,
--> sudah pasti dia tidak menjauh terlalu lama.


Andai dia tahu, hati ini telah tiada untuknya,
--> sudah pasti dia tidak akan mampu utk mdapatkannya kembali.


Andai hanya dia tahu...


Ok tak? Hihi..
Nukilan: Azlin Aziz. 

Friday, November 25, 2011

First Draft = C+ :'(


Salam sejahtera semua :)

Semester ni, Lin sedang sibuk buat proposal utk Final Year Project. Alhamdulillah, so far semua dah ada. Cuma tinggal nak order barang utk lab nnt.
Haha.. First draft dapat C+. Terukkan? Mana tak teruk, Lin tpaksa type semua last minute sebab laptop tersayang tetiba hang.

Utk pengalaman FYP ni, bukan Lin je yg sedang alami. Malah ada yg dah pernah alami.
Betapa perit kena menghadap buku, cari methods, cari semua maklumat, cari journals utk citation.. Tapi, kalau kita ikhlas dan buat semuanya utk org yg kita syg, inshaAllah everything will be smooth. 


Org kata, nnt zaman kita dh hbs blaja nnt, br kita rs rindu nk balik smula pd alam pengajian. Betul kan? Macam Lin rasa nak balik semula pd zaman sekolah rendah yang penuh warna-warni. >_<"

Bukan nk berlagak, bukan nk propa :)
Just wanna share experience. Mungkin pngalaman kita xsama. Subject kita, tempat kita blaja, environment, lecturers, semua mungkin xsama.


Kita mungkin lalui pngalaman berbeza. Tekanan juga xsama. Tapi yg pasti, kita ada satu persamaan; nak buat yg terbaik utk masa depan dan org yg kita syg.
Mungkin ia tak banyak contribute utk alam pekerjaan kita. Tp at least kita ada sesuatu utk tatapan anak-anak, biar kita jadi idola mereka utk mereka berusaha utk jd lebih baik di zaman mereka, inshaAllah.


Kat sini Lin ada amik gambar betapa teruk first draft yg Lin dapat. 
Haha, ada silly mistake, ada yg xtahu pape tapi type je... Macam-macam. Tapi, ia banyak bagi Lin pengalaman yg tak ternilai. :)









Hahaha.... Takut tak?
Korang jgnla gelak. Doakan Lin dapat habiskan degree ni with flying colors okay? InshaAllah boleh sambung master dan phD >_<"
InshaAllah...





























Macam mana? I believe korang pny lg gempak kan. Lupa nak share tajuk Lin ngan korang. Project Lin bertajuk; A Comparison Study on the Probiotics in Three Types of Fresh Milk.

Banyak nye komen, banyaknye tanda-tanda merah... Kan? Weekend ni Lin akan cuba sedaya upaya to complete it. I just wanna serve the best. Kalau pun xde rezeki, sekurang-kurangnya nanti Lin takkan menyesal sebab Lin dah buat yg terbaik. Ada lagi gambar part methodology yg Lin rasa cam tak payahlah letak sekali. Sebab labih kurang je, banyak merah-merah jugak. Hihihi...

Masa dapat result, agak down, tapi Lin tahu kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Masih ada masa, cuma perlu kuat semangat dan tekun. Lin tak tahu dah mana nak sepahkan buku-buku ni. Ni baru meja, gambar kat katil Lin tak payah letak la ea. Privacy :)
Tido pun limited, xbole pusing-pusing. Katil single, share plak ngan buku-buku. Kekadang tersedar tgh malam sebab rasa ada benda keras dan tajam dekat pipi >_<"

Lappy kiri (my first sweetheart) tu yg hang hari tu. Then Lin beli yg merah sebelah kiri (my second sweetheart). Thanks to papa sbb byk tolong Lin. InshaAllah, I'll do as best as I can.

Tq utk semua kawan-kawan, best friends, lecturers, supervisor sebab xjemu-jemu membantu. Ihsan yg selalu jd doctor pd laptop Lin, Syafiq yang selalu bertnya khabar dan kongsi masalah dgn Lin, Kak Dayah, Mizah, Sal, dan Farah yg selalu wake me up bila Lin hampir terlena bermimpi, dan semua classmates yg sentiasa menyokong Lin. 

Maafkan khilaf Lin, sebab Lin ada biadab dengan seseorg. Harap dimaafkan. Semoga Allah sentiasa merahmatinya. 

Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz,
Final Year Student,
B. Sc. (Hons.) Biology,
UiTM Shah Alam.


Thursday, October 20, 2011

Every Husband Should Read This :)

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.





~copied~

Petua turun temurun >_<"

Entry kali ni Lin nak kongsi sedikit petua yang selalu jugak Lin amalkan (time-time rajin la kan) yang Lin dapat dari kaum keluarga, kawan-kawan dan macam-macam sumber lagi. Jangan lupa cuba tau. Janji tak mudarat :)

Penjagaan muka dan kulit:

1) Serbuk kulit rambai. Ia elok untuk kulit. Bancuh sedikit serbuk kulit rambai dengan air, gosok pada kulit muka. Ia bertindak sebagai scrub la konon. Kalau beli scrub kat kedai tu, dah la mahal, ada chemical yang boleh effect kulit pulak tu. Kan? Akhir sekali, bilas dengan air biasa. Nanti muka akan rasa segar dan bersih sangat.

2) Bagi kulit yang agak sensitif, scrub kulit rambai akan mengeringkan kulit anda. Jangan risau. Lepas buat scrub tu, bancuh sedikit madu + susu tepung + vitamin E (boleh didapati di farmasi yang berdekatan), mix them together, lepas tu sapu serata kat muka. Biarkan beberapa ketika, dan basuh dengan air bersih. Madu dan susu bertindak untuk melembab dan menyegarkan kulit manakala vitamin E tu memang vitamin yang kulit perlukan untuk cell kulit lah kan :)

3) Kalau rajin dan sumber mengizinkan, kamu boleh juga menggunakan lendir aloe vera + lendir tomato + lendir timun. Mix together dan bole pakai kat muka. Lagi bagus kalau ada putih telur ayam kampung. Pun boleh lumur kat muka.

4) Korang tahu tak umbut kelapa? Ha, ia bagus untuk kulit jugak. Masa mandi, guna kan umbut kelapa tadi untuk menggosok badan. Ia akan melembutkan kulit tau.

5) Untuk bibir kering akibat penggunaan lipstic yang tak sesuai, sapu madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. InshaAllah bibir tak kering lagi.

6) Membersihkan kuku kaki yang selalu nampak kusam akibat habuk, kamu jangan buang berus gigi lama. Berus gigi lama tu korang boleh guna untuk memberus bahagian sulit kat kaki tu. Celah-celah jari, bahagian kuku kaki, dan bahagian kaki yang lain. Nanti, kuku kaki akan nampak putih dan bersih.


Pakaian:

1) Untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian, sebelum basuh, sapu bedak powder pada kesan minyak. Biarkan sebentar, dan basuh dengan sabun mandi (guna tangan tau. sental tempat yang ada kesan minyak tadi hingga hilang kesannya).

2) Untuk mewangikan pakaian, selepas ia dibasuh dan semasa menggosok pakaian tu, kita ada sembur-sembur air untuk bagi dia mudah digosok kan? Air yang disembur pakai penyembur tadi tu (macam pelik je panggil penyembur kan? ape-ape je lah) kamu campurkan dengan sedikit pelembut pakaian. Goncang sebati, dan boleh guna untuk menggosok pakaian. Comfirm kamu wangi all day long!

Perkakas rumah:

1) Kalau korang rajin mengemas rumah, nanti korang akan terjumpa jugak dengan perkakas rumah (dapur terutamanya) yang kotor. Contohnya bahagian bawah pinggan yang nampak kehitaman (biasanya pinggan jenis milamine) betul tak? Atau pun set cawan dan teko yang ada kesan kopi atau nescafe. Kalau mak mertua tengok, memang malu kan? Jangan risau, bancuh clorox dengan air, dan rendamkan semua perkakas tu selama beberapa jam. Then, basuh dan bilas macam biasa. Comfirm kamu akan jadi menantu yang paling disayangi mentua!

2) Untuk memastikan perkakas elektrik atau dapur macam periuk tahan lama, kalau korang perasan, perkakas dapur keluaran terkini ada yang permukaan dia wane hitam tu kan? Anti lekat lah konon. Ha, yang tu korang kena betul-betul hati-hati masa basuh. Gunakan span yang paaaaaaliiing lembut. Kalau tak tanggal jugak kerak nasi tu, rendam dulu untuk sekejap. 

3) Untuk kekalkan beras supaya tahan lama, letakkan beberapa tangkai lada kering kat dalam bekas beras. Kutu-kutu beras takkan berani berkampung lagi.

4) Lantai bilik air yang slimy dan ada biofilm memang menggelikan. Selain dari guna sabun pencuci yang mungkin boleh menyebabkan licin dan bahaya kepada kanak-kanak, kamu boleh guna hampas kelapa.(Hampas kelapa yang sudah siap diperah santanyya lah ok). Jadikan hampas tu sebagai ganti sabun pencuci. 


Selamat mencubalah!
Lin type yang mana Lin teringat je. Banyak lagi petua-petua yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. 
Nanti kalau korang ada petua yang best dan nak kongsi, drop lah komen kat bawah ye.
Satu lagi petua yang saaangaaat bagus untuk muka; jangan lupa senyum selalu. Dan jangan lupa baca doa melihat cermin setiap kalu berias ok!


Sekian. 
Azlin Aziz.