Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, December 15, 2011

Nota Untuk Si Gadis Chanteq :)



Gadis,
Bersyukurlah setiap hari dengan apa yang ada
Senyumlah walaupun kadang-kala kebenaran itu pahit
Bangkitlah walau kamu pernah tersungkur
Sentiasalah berusaha walau banyak halangannya
Jagalah dirimu wahai gadis
Kesucianmu jangan dikotori oleh tangan sendiri
Kamu lebih berharga dari nilaian emas dan permata.

Gadis,
Cubalah menjadi yang terbaik setiap hari
Cubalah bangun dan terus berdiri
Carilah sesuatu untuk kebaikanmu

Kuatkan hatimu saat disakiti
Kuatkan imanmu saat dikhianati
Teruskan tersenyum walau ia pahit
Dekatkan dirimu pada Sang Pencipta 

Jagalah dirimu untuk putera yang bakal menakluki hati dan hidupmu
Kerana dialah yang akan menjaga dan membimbingmu ke jalanNya
Jadilah yang terbaik jika mendambakan pasangan yang baik
Kerana telah dijanjikan olehNya wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga.

Gadis,
Malumu menjadi benteng
Kelembutanmu mampu mencairkan
Lenggok badanmu mampu menggetarkan jiwa-jiwa jejaka
Berhentilah menyeksa mereka
Berhentilah menyalahkan mereka
Berusahalah untuk menyelamatkan mereka
Cubalah untuk menjaga pandangan mereka
Kerana mereka hanya dikurniakan dengan satu nafsu
Kerana nafsu itu besar
Kerana nafsu itu melalaikan
Kerana nafsu itu mampu merosakkan
Sembilan akal yang dikurniakan kepada mereka belum tentu mampu untuk mengalahkan nafsu yang satu

Gadis,
Untuk berubah kearah kebaikan adalah susah
Tetapi cubalah, lawanlah, berkeraslah..
Kerana setiap kebaikan akan manis dipenghujungnya
Yakinlah dengan janji Tuhan
Betapa Tuhan sayangkan mu
Banyak kelebihan yang Dia kurniakan buatmu
Kau mampu membawa beban dikala saratnya benih cinta
Kau mampu mengalirkan air mata disaat kau tak berdaya kerana air mata bukanlah tanda kelemahan, tetapi ia menambahkan kekuatan
Kau mampu menghilangkan dahaga si kecil
Kau mampu kuat disaat pasanganmu rebah
Cintamu mampu merubah duniamu menjadi syurga
Kau mampu berdiri dan terus berlari untuk orang yang kau sayangi.

Lihat Gadis,
Betapa dirimu berharga
Dia tak pernah menjauh
Dekati Dia
Hampiri Dia
Mohonlah padaNya
Agar dikurnia 
Seorang putera yang mampu membawa kita lebih dekat kepadaNya :)

Let's change the world.
Start anew.
We are MUSLIMAH.
Keep praying.
InshaAllah.



No comments:

Post a Comment