Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, December 22, 2011

Wonderful Day :)

Assalamualaikum wbt...


Hello...

Wah, banyak kerja masih sempat berblogger kan? I just wanna share something with you guys. Sebab hari ni is the most wonderful day that I ever had. 

Okay, semalam dan hari ni presentation proposal FYP untuk student BSc (Hons.) Biology. Perkara yang paling buat student tak lena tidurlah. Time-time ni lah makan tak habis, tidur termimpi-mimpi, mandi tak sampai 5 minit..  Masa terasa sangat cepat berlalu.

Setelah apa yang dilalui selama satu semester ni, Alhamdulillah, tiba turn saya tadi. Syukran ya Allah, semuanya berjalan lancar. Lebih-lebih lagi dapat thumbs up daripada supervisor sendiri. Pagi-pagi dapat mesej daripada ma," Usaha sudah. Ikhtiar pun sudah. Sabar. Tenang. Berserah pada Ilahi. Sesungguhnya Tuhan maha adil. Try your best. K." Memang touching. Lepas presentation, tengok senyuman supervisor, lagilah rasa touching. Call ma, dengar je suara ma, bercucuran air mata kegembiraan semasa share berita gembira tadi dengan ma dan pa. Malu juga nak share, tapi setelah bertunggang terbalik selama satu semester ini berbayar. Sudi-sudilah tonton vid yang tak seberapa nie :)


Kenapa Lin share semua ni? Bukan nak berlagak, bukan nak propa. Everybody ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lin takdelah gempak sangat. Tapi apa yang saya nak cakap kat sini ialah, dalam apa jua kerja yang kita lakukan, usaha dengan setulus hati, berdoa setiap waktu dan bertawakkallah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kelas terakhir Philosophy of Science tadi, Prof. Kamal berpesan supaya jangan berhenti untuk menjadi cemerlang. Cemerlang kita, cemerlang generasi akan datang. Jangan berputus asa, sentiasa cuba improve potensi diri dan sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik. InshaAllah, Dia tidak akan menghampakan kita. 

Buat semua kawan-kawan, tahniah. Semoga kita semua beroleh kecemerlangan di dunia, dan akhirat. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Saya pernah gagal. Pernah mengecewakan harapan kedua ibu bapa saya. Pernah rasa tidak berguna kerana tidak dapat memberikan mereka yang terbaik. Tetapi, Allah maha adil. Dia tidak memakbulkan doa saya dulu bukan kerana Dia tidak mahu memberikan apa yang saya mahu. Malah, Dia memberikan apa yang saya perlu. Saya bukan pelajar cemerlang semasa dibangku sekolah dulu. Malah, saya pernah berada dikelas yang bukan pertama. 

Percaya pada diri, sentiasa berfikiran positif, tidak selalunya kita dibawah. Hidup umpama roda. Namun bila sudah berada diatas, jangan lupa untuk melihat kebawah; yakni jangan sombong. Jangan bangga diri, sentiasa menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan. Kerana kita tidak tahu bila pula turn kita menghadapi kesulitan. Kalau bukan orang yang tolong, Allah sendiri yang akan tolong. Percayalah, Allah itu maha bijaksana dalam mengatur rancanganNya. Ada yang lebih baik buat kita jika kita mentaati perintahNya.. 

Semoga ia menjadi suatu permulaan yang baik untuk generasi yang akan datang. Didik diri kita sebagai wanita yang terbaik, inshaAllah akan terdidik generasi yang akan kita lahirkan nanti. Amiin...

Kat sini ada gak gambar kawan-kawan yang sempat lagi pose walaupun jantung sedang berdegup kencang :)











Thank you. 
by; Miss Azlin Aziz.

No comments:

Post a Comment