Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Sunday, January 29, 2012

Dia amat sempurna. Dialah kekasih hati saya.

Assalamualaikum kepada semua pembaca...




Di saat kau lena dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Ingat lagi lirik lagu ni? Setiap kali saya terdengar nyanyian lagu ni, sebak rasanya. Um, Jasa Bonda. Tergerak hati saya untuk menulis tentang insan istimewa ini. Namun, ada insan-insan yang tidak berpeluang mengenali ibu yang mengandungkan dan melahirkan mereka.. Jangan lupa bersedekah ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka setiap masa.


Wanita.. Ibu adalah wanita. Tak kira apa jua panggilan kita kepada mereka - ibu, mak, mama, umi, bonda... Kenyataannya mereka pernah bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Semasa dalam kandungan, beliau memberi khasiat secukupnya. Bila melahirkan, beliau sanggup umtuk berkorban apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya mendapat apa yang diperlukan.
Pernah tak kita terfikir, setakat hari ini apa yang sudah kita beri padanya untuk membalas jasanya? Membalas walau setitik air susunya? 


Dewasa kini, kita sudah matang, kita pula yang akan bergelar ibu. Mampukah kita bersabar sebagaimana ibu kita? Mampukah kita melayan suami dan pada masa yang sama melayan kerenah anak-anak? Pernah kita buat ibu kita menangis?


Bergelar ibu bagi seorang wanita adalah suatu rahmat dan nikmat yang tidak ternilai. Menjadi seorang ibu kepada anak-anak kecil membuatnya tenang. Menjadi ibu kepada anak-anak remaja mematangkan ibu supaya mereka menjadi kawan kepada anak-anak yang membesar mengikut arus peredaran zaman. 


Saya perhatikan mama saya, sebagai satu contoh wanita yang bekerjaya. Ternyata, ia tidaklah semudah yang disangka. Mama tidur pukul 12 malam dan bangun pukul 5 pagi. Rutinnya bermula dengan menyiapkan sarapan. Pergi kerja dan pulang pada sebelah petang. Menyediakan makanan keluarga dan mengemas rumah. Ya, saya anak perempuannya. Sudah tentu saya menolong beliau. Tetapi saya harus mengaku yang masakan saya tidaklah sesedap masakan mama! 


Saya percaya, semua orang mempunyai seorang mak yang sangat dikasihi. Saban hari, meniti usia tua mereka sepatutnya sudah tidak bekerja dan hanya perlu berehat. Saya pernah mengeclikan hati mama saya.. Saya rasalah.. Sebab kita tidak selalunya sempurna. Semakin saya dewasa, saya sedar, tugas seorang ibu bukan hanya mengandung, melahirkan, dan menyediakan sarapan. Ia lebih dari itu. Nalurinya halus, dia istimewa. Dia ada sixth sense. Dia seorang mak yang sempurna. 


Jadi, kenapa kita perlu menyakiti hati seorang ibu? Benar, mereka tidak selalunya betul. Kerana mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi sebagai anak, ada caranya untuk membantah. Bukan memberontak. Mereka mungkin tidak tahu kerana mereka tidak hidup di dunia kita. Mereka mungkin tidak merasai alam universiti seperti kita. Mereka mungkin tidak celik IT sebagaimana kita. Ilmu keduniaan mereka mungkin tidak sebanyak yang kita tahu.Tapi percayalah, mereka makan garam lebih awal daripada kita. Mintalah tunjuk ajar ibu tentang selok belok asam garam kehidupan. Minta restu mereka untuk lakukan apa sahaja. Kerana mereka ada satu hubungan yang sangat rapat dan istimewa dengan Allah. Kerana mereka telah 'bekerja' untuk Allah dengan melahirkan kita. Dan wanita yang bergelar ibu, amat mustajab doanya. 


Kerana itu, apapun yang saya nak lakukan, saya akan sentiasa ingat 3 org yg amat penting dalam hidup saya ---> Mama, Papa, dan Bakal Suami saya. Kerana saya ingin menjadi yang terbaik buat mereka. Kerana merekalah antara orang-orang yang tidak akan meninggalkan saya apabila saya menghadapi kesulitan hidup.


Ciumlah ibu, peluklah ibu, berterima kasih padanya kerana tanpa doa-doanya, kita tidak boleh berada ditahap sekarang. Kadang-kadang kita rasa kita tidaklah sekuat mana, tetapi kita mampu mengharungi dugaan yang melanda. Tahukah kita kenapa? Itu kerana doa ibu.. :)  


I Love Mama,
Azlin Aziz

No comments:

Post a Comment