Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, September 30, 2011

Ikhlas tak?

F: Awak betul-betul cintakan saya?
M: *diam sambil berfikir.* Awak rasa?
F: Ntah. Awak unpredictable.
M: Umm..
F: Kenapa awak  pilih saya?
M: *terdiam*
F: Saya tak rasa awak betul-betul ikhlas menyintai saya. Saya rasa awak cintakan saya atas dasar simpati.
M: Mungkin jugak.
F: *tersentap dan speechless*
_____________________________________________________________

Is that a true love? 
Bagi that young lady, he is everything. She is trying her best in every and each things she do to serve him the best. Of course that young lady is not his first love. So do the young man to that lady. This is the second love for both of them. Kedua-dua anak muda ini ada cerita cinta pertama yang tersendiri. 

Dalam hidup ni, kita diberi banyak pilihan. Bersedia untuk mencintai orang yang tidak mencintai kita, atau menerima orang yang mencintai kita seadanya walaupun kita tidak mencintainya. 



Semua orang bercakap tentang cinta. Ya, ia lumrah. Cuma yang berbeza, cara ia diceritakan. 
Percintaan yang dibina atas dasar simpati akan berkekalan? Mungkin ya, mungkin jugak sebaliknya. 

Hidup hanya sekali. Cinta boleh datang dan pergi. Tak ada salahnya bagi si anak teruna tersebut kerana menerima si gadis yang terlalu mencintainya. Jauh disudut hati si gadis, dia tahu yang dia tidak boleh memaksa pasangannya untuk mencintainya sepenuh hati. Kerana dia tahu tiada paksaan dalam cinta. Itu syarat utama kisah cintanya.

Si gadis cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal tersebut, dan untuk kesekian kalinya, ternyata dia gagal lagi. Dia tidak mahu perkahwinan yang dianggapnya impian seindah syurga akan bertukar menjadi sesuatu yang sangat ngeri baginya. Lagipun, dia terlalu mencintai lelaki itu. Dia hanya mahukan pasangannya bahagia walaupun bukan bersamanya.

Sikap si gadis yang cuba untuk memahami keadaan si dia masih dalam proses. Terkadang dia faham, kerana kisah cinta pertama selalunya akan terpahat selama-lamanya. Tak mungkin dia dapat menggantikan princess dalam kisah cinta yang dah berlalu. Kes yang sama berlaku pada si gadis bila bekas kekasihnya berundur menagih kasih. Namun hatinya kentar kerana hatinya sudah dimiliki kini. 



Kini, dia dalam dilema. Samada melepaskan kekasihnya pergi untuk mencari kebahagiaan yang diharapkan oleh pasangannya atau hanya berdiam menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi. Si gadis ini bukanlah sempurna umpama princess diaries layaknya, namun dia mempunyai hati yang suci yang sentiasa menyintai hanya kekasihnya dengan sepenuh hati. 



Bukan mahu berserah bulat-bulat pada takdir, malah si gadis sentiasa berusaha to improvise herself supaya pasangannya melihat dia sebagai seorang yang kental semangatnya, tidak mudah beralah, bercita-cita tinggi dan mempunyai hati sehalus kapas. Tidak lebih harapannya buat si teruna melainkan dirinya dicintai dengan sepenuh hati dan seikhlasnya.

--> Lelaki yang bakal menakluki hatinya, yang bakal menjadi imam solatnya, yang bakal menjadi ayah kepada anak-anaknya, yang bakal menjadi ketua keluarga, yang bakal menjadi pemimpin agama, yang bakal mambawa keluarga ke syurga itu adalah seseorang yang sangat tinggi pekertinya, kehormatannya, budinya, dan hatinya. 



Semoga Allah melembutkan hati si teruna untuk menerima si gadis seadanya, bukan kerana rupa, bukan kerana kedudukan, bukan kerana harta, bukan kerana tingginya ilmu pengetahuan, dan bukan kerana pangkat keturunan. Si gadis tidak mempunyai apa-apa yang baik kecuali hatinya yang ikhlas mencintai si dia.

Tuesday, September 27, 2011

Drop here and learn :) Ops, ini bukan cerita lucah!

Today, Lin nak cerita pasal betapa indahnya ciptaan Ilahi. Jadikan kita makhlukNya yang paling sempurna dimuka bumi ni. Tapi sikit je daripada kita yang menghargai kurniaanNya. 

Ok, let's straight to the point. For those yang dah tahu, it might be pelajaran yang biasa, but for those yang belum tahu, mari kita tgk, ape yg istimewa sgt ttg ciptaan Allah kurniakan utk kaum lelaki. 

Walaupun saya mengantuk masuk kelas BIO 565 (Reproduction) - (bukan sebab Dr. Noraain tak best, tapi setan ramai sgt) tapi saya masih dapat tangkap jugak sket2. Apa yg saya tahu, saya cite kat sini ok.

Bia saya sertakan gambar anatomy of male's reproductive system. Kalau tulisan je, mesti boring. Nanti korang tak boleh bayang ape sebenarnya yg berlaku. Here it is:



Nampak mcm complicated kan? Ha, tak igt name sume tu tak pe. Tu keje kami bdk bio. 

Tadi saya baca paper, ada lg kes buang bayi. Tak fahamlah kenape kejam sgt! Igt Tuhan bagi nikmat tu utk main-main ke?




Gambar kat atas ni adalah sebiji testis. (Lelaki dibekalkan dgn 2 biji testis stp seorg kcuali yg special kes). Bila kita belah testis tu, kita akn dpt gambaran sprti diatas. Gambar yg coiled warne kuning tu we called as seminiferous tubule, tempat production of sperms. Utk stp testis, ada antara 250 to 300 lobules dan stp lobules ada 1 to 4 seminiferous tubules. Can you imagine how many sperms will be produced kalau didarab? Baerjuta-juta! Ok, that's about sperm's production. 

Kalau korang perasan, lelaki share the tract for both urine and semen. (Air mani are so called semen sbb ia adalah the mixture of sperms and nutrients; fructose (sugar), vitamin C, prostaglandin (hormone), etc.). Dr. Noraain ckp kalau rasa-rasa cam tak cukup vitamin C tu, tahu-tahu je la mana nak dptkan sources vit. C :)

Ok, skrg pasal pathway pulak. Kan td saya ada ckp yg pathway utk urine dan semen sama kn? Macam mana tiba-tiba terkencing? Ah, habislah! Sabar, Allah dah jadikan system itu cukup sempurna. Cuba tgk gambar. 
Nampak tak ejaculatory duct dan urinary duct? Ada mcm junction kat situ kan? Allah dah ciptakan kat situ ada satu organ mcm valve utk tutp saluran urine sementara proses ejaculation berlaku. Allah juga ciptakan Bulbourethral gland utk cleanses urethra of acidic urine. So that semen won't be killed by the acidic urine.

Nak tahu knp org lelaki wajib sunat? Sbb dekat prepuce tu ada folded skin yg might trap urine. Islam tu kan indah, ia suka pd kebersihan. Bila dh sunat, folded skin pun xde, so bersihlah utk beribadat. Indah tak ciptaan Allah? Allah suruh kita belajar sbb utk discover semua yg Dia ciptakan utk kita bkn sia-sia. Jgn jd sombong bodoh utk menuntut ilmu. Malu? Mmg malu sikit, tapi bila kita dh tahu, kita akn rasa bertuah.

Kenape perlu saya mengarut dlm entri kali ni? Sebab semua org th buat projek tu best. Sbb semua org ada nafsu. Saya pun. Saya nak igtkan pd semua, termasuk diri saya, Allah tu maha pengampun. Cukuplah buat dosa besar, berzina dah 1 dosa, then you get pregnant, then, nak bunuh plak anak yg dibuat ats dasar kasih syg tu. Dosa lg. Agak-agak, bayi yg dibunuh tu nk mengaku ke mak bapak diorg kt akhirat nnt? 

Renung-renunglah. Sama-sama kita ye >_<"

Ok, ni utk info je. To maintain sperm's quality, you have to eat properly. You are what you eat! 

Watch this, mgkin you bole lebih fhm :)




Monday, September 26, 2011

Keluarga :)




Bahasa Malayu: Keluarga
Bahasa Inggeris: Family
Bahasa Arab: Usrati

Siapa mereka? 
Mereka istimewa.
Mereka pengubat duka.
Mereka penyelamat segalanya.
Mereka sanggup berkorban untuk kita.
Mereka akan berada dimana-mana bila kita perlukan.
Mereka yang tak pernah kecewakan kita.
Mereka sungguh istimewa.

Bagaimana mereka boleh muncul dalam hidup kita? 
Kerana Allah dah tentukan segalanya.
Kerana kita ada ikatan yang utuh.
Takkan putus air yang dicincang.
Takkan jauh darah yang mengalir.
Kerana kita satu keluarga.



Tuan Abdu Aziz b. Tuan Abdullah



Papa..
Tiada bapa selembut dia.
Tidak pernah tiada untuk kami.
Tidak pernah menjentik kami walau kami banyak melukainya.
Sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik.


Mama, 
Garang tapi penyayang.
Semangatnya selalu utuh.
Memberikan kami lebih dari yang kami perlu.




Rahimah bt. Mustafa



















Saturday, September 24, 2011

Saya dan Tukang Kasut :)

"Pak cik, boleh tolong baiki kasut ni?" 

"Bagi pak cik tengok."

"Boleh ambik hari ni jugak tak?"

"Kenape nak cepat ke?"

"Saya ingat malas kua esok. Takpe, saya datang amik dalam pukul 4 lebih ke boleh?"

"Ok, pakcik cuba."

"Ok, trima kasih pak cik."
-----------------------------------------------------------

"Eh, dah pukul 4. Pegi awal lah sikit." bisikku.

Bila aku masuk kedai tukang kasut tu, beliau sedang menyiapkan kasut aku. Sambil buat kerjanya, dia mulakan perbualan.

..........

"Anak ni student ITM ke?"

"Ha'ah pakcik. ITM."

"Dah tahun berape?"

"Tahun akhir pakcik, inshaAllah."

"Degree lah?"

Aku mengangguk mengiakan soalan tadi.

"Anak amik kos ape?"

"Biologi, pakcik."

"Aih, susah tu. Bagus-bagus. Belajar rajin-rajin. Kerja pun gaji besar."

"InshaAllah pakcik, tapi sekarang belajar tinggi-tinggi pun hutang banyak. Asal ada kerajinan, rezeki kat mana-mana." Aku menjawab macamlah pandai sangat :)

"Betul tu, sekarang universiti ni dah macam satu perniagaan. Kecik-kecik lagi hutang dah sampai puluh-puluh ribu. Haih."

Sekali lagi aku mengangguk tanda menyokong kata-kata pakcik tadi. Beliau nampak cekap melakukan kerja-kerjanya tanpa perlu fokus. 

"Tapi anak jangan marah kalau pakcik nak cakap. Budak-budak perempuan ni semua pandai-pandai. Budak lelaki pulak tak berapa nak pandai. Tengok sekarang, lebih ramai budak perempuan yang masuk universiti. Tapi satu perkara yang merunsingkan pakcik. Budak-budak perempuan ni mudah terpengaruh. Ikut teman lelaki, pergi sana-sini. Dah ramai yang kena tangkap dirumah-rumah tumpangan dengan teman lelaki. Baru-baru ni dekat UK Perdana tu, sanggup dia bunuh dan bakar kekasih dia. Budak blaja tinggi tu. Ada sarjana muda. Tapi tak boleh kawal nafsu punya pasal, sanggup menggadai iman."

Aku terdiam mendengar cerita beliau. Dah lama rasanya tak baca paper, aku anggap ia berita yang mengejutkan. 

"Tergamak dia buat macam tu nak. Budak tu bekas pelajar tahfiz. Kalau pakcik suruh anak pegi bunuh dan bakar kucing, anak sanggup?"

Aku menggeleng kelu.

"Nak, pakcik nak pesan ni. Sekarang ramai budak lelaki yang jahat. Tapi tak semualah. Yang tak jahat tu adalah yang betul-batul berpegang pada iman dan agama. Bila lelaki dan perempuan dah berdua-duaan, diantaranya ada setan yang berjambul tu lah. Tu yang budak-budak sekarang tak boleh kawal nafsu tu."

Aku mengagguk setuju. Memang benar kata-kata beliau.

"Mungkin anak tak rasa risau macam kami ibu bapa. Sebab anak belum kawin dan mempunyai anak sendiri. Allah bagi kurniaan anak-anak buat ibu bapa untuk kita didik mereka. Besar dosa kalau kita gagal. Pakcik risau, sebab pakcik pun ada anak dara. Pakcik faham sangat naluri nak ada kekasih ni. Bukan tak boleh berkawan, tapi masalahnya, tak boleh kawal nafsu. Tu yang pakcik risau dengan masalah sosial remaja sekarang, terutama perempuan."

"Anak belajar tinggi, fokuslah pada pelajaran. Soal jodoh, itu perkara nombor dua. Semuanya dah ditentukan. Orang yang belajar tinggi macam anak ni ada masa depan yang cerah. Jangan gadaikan masa depan anak. Pakcik tak ada kesempatan untuk bercakap macam ni dengan anak perempuan pakcik." kata-katanya berbaur sedikit sedih dan ada perubahan pada wajahnya. Sambil menghulurkan kasut aku yang sudah siap dibaiki, beliau tersenyum penuh mengharap. Teringat pada senyuman papa. Senyuman harapan seorang bapa. Aku membalas senyumannya sambil hati kecilku terdetik sesuatu. Sesuatu yang hanya aku yang tahu.

"Berapa pakcik?"

"Sepuluh ringgit, nak."

"Terima kasih pakcik."

"Ya. Ya. Sama-sama."

Siapa yang takdirkan kasutku rosak? Siapa yang takdirkan aku untuk pergi membaiki kasut dikedai beliau? Siapa yang takdirkan aku sampai awal dikedainya untuk berbual-bual dengannya? Dan siapa yang takdirkan aku untuk mendapat suatu nasihat yang sangat berguna? Ya, tentuNya Allah SWT. Ada sesuatu yg ingin Dia sampaikan melalui kejadian ini. Siapa tahu, kerana kasut rosak, aku dapat lebih dari itu. Betapa aku sedar keadaan kaumku amat terancam sekarang. Tapi mampukah aku menjaga kebajikan semua orang? Jaga diri sendiri dan orang sekeliling aku. Hanya itu yang termampu. 

Cinta antara lelaki dan perempuan tu ada dua: Membina dan merosakkan. Pilihlah. Demi masa depan. Jika kamu patuh padaNya, inshaAllah Dia akan kurniakan seseorang yang selayaknya untukmu. Wanita yang menyintai akan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya. Lelaki? Ada. Masing-masing ada cara tersendiri. Terima kasih Allah, hari ini, aku telah belajar sesuatu. Bangkit dari lena dengan penuh kesedaran. Semoga kisah ini akan jadi pendorong untuk aku sentiasa muhasabah diri. 



Friday, September 23, 2011

Success or succeed?

Intelligent and educated people are always talking about the education. Do we part of them? Until this stage, of course we are part of them. Almost 24/7 we are facing the facts of science, the complicated formula, and IT people are always challenged by new surprised technologies by day. Could we be the most top thinker? 

How to get success? Different people have created different ways to achieve their target. It might be easy, and for most people, it might be so difficult and challenging.

To be succeed, it doesn't mean that you have to stay up all night long, facing the complicated mathematical problems day and night, etc. I don't believe in study hard. I would prefer study smart. Here, quantity of time is not the issue. The question is; "Have you get the input during 2-3 hours that you have spent for your books to read on?" Yes, it's about the quality.

Happiness, rather than working hard, is the key to success, according to research published today. Cheerful people are more likely to try new things and challenge themselves, which reinforces positive emotion and leads to success in work, good relationships and strong health.

Master motivator, Tony Robin have stated several things in order to succeed:

  • A clear, simple, workable approach. Don't over complicate things! This is a bad habit that many of us have. Don't let it do you in.
  • Two requirements: desire and commitment. Results are not based on what people can do, but what they will do. If you're willing to do what it takes, you can succeed.
  • A plan with simple, systematic strategies. If you improve yourself by one percent per day, that's over 365 percent improvement in one year. Do you think you can improve just one percent per day? Of course you can.
And I have listed several recipes to get success to share with you guys:
  •  Determine your outcome. You yourself have to decide what you want in this short life. Make it interesting and fun.
  • Take an action. Always place the positive thinking first out of emotional feeling. Be rational and flexible.
  • Choose a role model. You know who you like most!
  • Don't chase money, power or status. It's called greedy!
  • Be endlessly greedy for learning. 
  • Make a friend of failure. It is the most powerful teacher ever.
  • Choose to spend your time with right people. Other people will first judge you based on your surrounding.
  • Take your time and do the best.
It's sound easy right? It is easy if you can stick to your life's principal. It's all up to you weather you will stop in the middle of fighting or you will run for your better future. Be realistic and positive. Good luck!

Philosophy :)

"There's no one with absolute right and no one with absolute wrong." Prof. Dr. Mohd Kamal said in his speaks for Philosophy Science (FSG 500) class. When I was in the first week, I wonder why we need to take this course since we are fact's people, not a philosopher. It was started with a question: Define philosophy, science and knowledge based on your own understanding. Can you, guys?

For the second week I joined the class, I was thinking how can I survive in 2-hour-late-evening class. It was 5-7pm at Dewan kuliah Alpha. The wondering was stopped when this class starts give me something that I've searched for a long time -->  the real purpose of life, my aims for the future, and the most important, do I did my best for people I love most? 

On the first day of registration for degree, I was promised to do my best for myself, my future and my family. Till now, I'm always trying to do the best on my part to be the better person. 

My respect to Prof. Dr. Mohd. Kamal shot up. Almost everything he said in the class is definitely-absolutely true. It's all about life, future, religion, and how u create and maintain relationship with people around you. 

Respect is not to gain, yet to earn. If you want people to respect you, show your respect first. The most important, respect yourself in any ways. 

He asked us, "What did you guys have obtained from this three to four years tertiary education? Why you guys choose to study in university instead of seeking the jobs after SPM?"

My mind revolved for the answers. Why? Why did I registered to be an university student? To get knowledge? To get better job? To get certificates? Or to get people's respect? This simple question deserve for just simple answer. What is the answer? It's all in your heart. 

We human will never satisfy with what we have. We'll search and seek until a moment which we'll realize that we have lost everything that really important; people who love us most. 

As a human, and especially as a student, I deserve to make mistakes. Because I'm still on the learning stage. Philosophy is not only for philosopher. Philosophy is for everyone who want to be a better person. To people who want contribute something to the community. To those who want to improvise themselves so that we can achieve the goals of life. I love to be in philosophy class. It raise up my spirit to do my best in this short and simple life. I'll make it fun, interesting and memorable so that I won't regret at my golden age. 

Credit to my lecturer; Prof. Dr. Mohd Kamal. 
Thanks for make me realize that I'm somebody now.

By: Tn. Azlin bt. Tn. Abdu Aziz.
Final year student; Ba(Hons.) Biology, UiTM Shah Alam.