Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Saturday, September 24, 2011

Saya dan Tukang Kasut :)

"Pak cik, boleh tolong baiki kasut ni?" 

"Bagi pak cik tengok."

"Boleh ambik hari ni jugak tak?"

"Kenape nak cepat ke?"

"Saya ingat malas kua esok. Takpe, saya datang amik dalam pukul 4 lebih ke boleh?"

"Ok, pakcik cuba."

"Ok, trima kasih pak cik."
-----------------------------------------------------------

"Eh, dah pukul 4. Pegi awal lah sikit." bisikku.

Bila aku masuk kedai tukang kasut tu, beliau sedang menyiapkan kasut aku. Sambil buat kerjanya, dia mulakan perbualan.

..........

"Anak ni student ITM ke?"

"Ha'ah pakcik. ITM."

"Dah tahun berape?"

"Tahun akhir pakcik, inshaAllah."

"Degree lah?"

Aku mengangguk mengiakan soalan tadi.

"Anak amik kos ape?"

"Biologi, pakcik."

"Aih, susah tu. Bagus-bagus. Belajar rajin-rajin. Kerja pun gaji besar."

"InshaAllah pakcik, tapi sekarang belajar tinggi-tinggi pun hutang banyak. Asal ada kerajinan, rezeki kat mana-mana." Aku menjawab macamlah pandai sangat :)

"Betul tu, sekarang universiti ni dah macam satu perniagaan. Kecik-kecik lagi hutang dah sampai puluh-puluh ribu. Haih."

Sekali lagi aku mengangguk tanda menyokong kata-kata pakcik tadi. Beliau nampak cekap melakukan kerja-kerjanya tanpa perlu fokus. 

"Tapi anak jangan marah kalau pakcik nak cakap. Budak-budak perempuan ni semua pandai-pandai. Budak lelaki pulak tak berapa nak pandai. Tengok sekarang, lebih ramai budak perempuan yang masuk universiti. Tapi satu perkara yang merunsingkan pakcik. Budak-budak perempuan ni mudah terpengaruh. Ikut teman lelaki, pergi sana-sini. Dah ramai yang kena tangkap dirumah-rumah tumpangan dengan teman lelaki. Baru-baru ni dekat UK Perdana tu, sanggup dia bunuh dan bakar kekasih dia. Budak blaja tinggi tu. Ada sarjana muda. Tapi tak boleh kawal nafsu punya pasal, sanggup menggadai iman."

Aku terdiam mendengar cerita beliau. Dah lama rasanya tak baca paper, aku anggap ia berita yang mengejutkan. 

"Tergamak dia buat macam tu nak. Budak tu bekas pelajar tahfiz. Kalau pakcik suruh anak pegi bunuh dan bakar kucing, anak sanggup?"

Aku menggeleng kelu.

"Nak, pakcik nak pesan ni. Sekarang ramai budak lelaki yang jahat. Tapi tak semualah. Yang tak jahat tu adalah yang betul-batul berpegang pada iman dan agama. Bila lelaki dan perempuan dah berdua-duaan, diantaranya ada setan yang berjambul tu lah. Tu yang budak-budak sekarang tak boleh kawal nafsu tu."

Aku mengagguk setuju. Memang benar kata-kata beliau.

"Mungkin anak tak rasa risau macam kami ibu bapa. Sebab anak belum kawin dan mempunyai anak sendiri. Allah bagi kurniaan anak-anak buat ibu bapa untuk kita didik mereka. Besar dosa kalau kita gagal. Pakcik risau, sebab pakcik pun ada anak dara. Pakcik faham sangat naluri nak ada kekasih ni. Bukan tak boleh berkawan, tapi masalahnya, tak boleh kawal nafsu. Tu yang pakcik risau dengan masalah sosial remaja sekarang, terutama perempuan."

"Anak belajar tinggi, fokuslah pada pelajaran. Soal jodoh, itu perkara nombor dua. Semuanya dah ditentukan. Orang yang belajar tinggi macam anak ni ada masa depan yang cerah. Jangan gadaikan masa depan anak. Pakcik tak ada kesempatan untuk bercakap macam ni dengan anak perempuan pakcik." kata-katanya berbaur sedikit sedih dan ada perubahan pada wajahnya. Sambil menghulurkan kasut aku yang sudah siap dibaiki, beliau tersenyum penuh mengharap. Teringat pada senyuman papa. Senyuman harapan seorang bapa. Aku membalas senyumannya sambil hati kecilku terdetik sesuatu. Sesuatu yang hanya aku yang tahu.

"Berapa pakcik?"

"Sepuluh ringgit, nak."

"Terima kasih pakcik."

"Ya. Ya. Sama-sama."

Siapa yang takdirkan kasutku rosak? Siapa yang takdirkan aku untuk pergi membaiki kasut dikedai beliau? Siapa yang takdirkan aku sampai awal dikedainya untuk berbual-bual dengannya? Dan siapa yang takdirkan aku untuk mendapat suatu nasihat yang sangat berguna? Ya, tentuNya Allah SWT. Ada sesuatu yg ingin Dia sampaikan melalui kejadian ini. Siapa tahu, kerana kasut rosak, aku dapat lebih dari itu. Betapa aku sedar keadaan kaumku amat terancam sekarang. Tapi mampukah aku menjaga kebajikan semua orang? Jaga diri sendiri dan orang sekeliling aku. Hanya itu yang termampu. 

Cinta antara lelaki dan perempuan tu ada dua: Membina dan merosakkan. Pilihlah. Demi masa depan. Jika kamu patuh padaNya, inshaAllah Dia akan kurniakan seseorang yang selayaknya untukmu. Wanita yang menyintai akan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya. Lelaki? Ada. Masing-masing ada cara tersendiri. Terima kasih Allah, hari ini, aku telah belajar sesuatu. Bangkit dari lena dengan penuh kesedaran. Semoga kisah ini akan jadi pendorong untuk aku sentiasa muhasabah diri. 



No comments:

Post a Comment