Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, September 30, 2011

Ikhlas tak?

F: Awak betul-betul cintakan saya?
M: *diam sambil berfikir.* Awak rasa?
F: Ntah. Awak unpredictable.
M: Umm..
F: Kenapa awak  pilih saya?
M: *terdiam*
F: Saya tak rasa awak betul-betul ikhlas menyintai saya. Saya rasa awak cintakan saya atas dasar simpati.
M: Mungkin jugak.
F: *tersentap dan speechless*
_____________________________________________________________

Is that a true love? 
Bagi that young lady, he is everything. She is trying her best in every and each things she do to serve him the best. Of course that young lady is not his first love. So do the young man to that lady. This is the second love for both of them. Kedua-dua anak muda ini ada cerita cinta pertama yang tersendiri. 

Dalam hidup ni, kita diberi banyak pilihan. Bersedia untuk mencintai orang yang tidak mencintai kita, atau menerima orang yang mencintai kita seadanya walaupun kita tidak mencintainya. 



Semua orang bercakap tentang cinta. Ya, ia lumrah. Cuma yang berbeza, cara ia diceritakan. 
Percintaan yang dibina atas dasar simpati akan berkekalan? Mungkin ya, mungkin jugak sebaliknya. 

Hidup hanya sekali. Cinta boleh datang dan pergi. Tak ada salahnya bagi si anak teruna tersebut kerana menerima si gadis yang terlalu mencintainya. Jauh disudut hati si gadis, dia tahu yang dia tidak boleh memaksa pasangannya untuk mencintainya sepenuh hati. Kerana dia tahu tiada paksaan dalam cinta. Itu syarat utama kisah cintanya.

Si gadis cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal tersebut, dan untuk kesekian kalinya, ternyata dia gagal lagi. Dia tidak mahu perkahwinan yang dianggapnya impian seindah syurga akan bertukar menjadi sesuatu yang sangat ngeri baginya. Lagipun, dia terlalu mencintai lelaki itu. Dia hanya mahukan pasangannya bahagia walaupun bukan bersamanya.

Sikap si gadis yang cuba untuk memahami keadaan si dia masih dalam proses. Terkadang dia faham, kerana kisah cinta pertama selalunya akan terpahat selama-lamanya. Tak mungkin dia dapat menggantikan princess dalam kisah cinta yang dah berlalu. Kes yang sama berlaku pada si gadis bila bekas kekasihnya berundur menagih kasih. Namun hatinya kentar kerana hatinya sudah dimiliki kini. 



Kini, dia dalam dilema. Samada melepaskan kekasihnya pergi untuk mencari kebahagiaan yang diharapkan oleh pasangannya atau hanya berdiam menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi. Si gadis ini bukanlah sempurna umpama princess diaries layaknya, namun dia mempunyai hati yang suci yang sentiasa menyintai hanya kekasihnya dengan sepenuh hati. 



Bukan mahu berserah bulat-bulat pada takdir, malah si gadis sentiasa berusaha to improvise herself supaya pasangannya melihat dia sebagai seorang yang kental semangatnya, tidak mudah beralah, bercita-cita tinggi dan mempunyai hati sehalus kapas. Tidak lebih harapannya buat si teruna melainkan dirinya dicintai dengan sepenuh hati dan seikhlasnya.

--> Lelaki yang bakal menakluki hatinya, yang bakal menjadi imam solatnya, yang bakal menjadi ayah kepada anak-anaknya, yang bakal menjadi ketua keluarga, yang bakal menjadi pemimpin agama, yang bakal mambawa keluarga ke syurga itu adalah seseorang yang sangat tinggi pekertinya, kehormatannya, budinya, dan hatinya. 



Semoga Allah melembutkan hati si teruna untuk menerima si gadis seadanya, bukan kerana rupa, bukan kerana kedudukan, bukan kerana harta, bukan kerana tingginya ilmu pengetahuan, dan bukan kerana pangkat keturunan. Si gadis tidak mempunyai apa-apa yang baik kecuali hatinya yang ikhlas mencintai si dia.

No comments:

Post a Comment