Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, July 15, 2011

Hidup masa bujang dan hidup selepas berumah-tangga. Ada beza ke?

Bujang dan menjadi isteri/suami orang. Cara hidup yang banyak bezanya. Tapi, yang mana lagi best? Bujang, atau kawin? Mari kita tengok >_<

1.      Time bujang, time-time cuti lepas subuh boleh sambung tido balik. Tapi bila dah jadi isteri orang, kena bangun awal, kena siapkan breakfast untuk suami dan keluarga.


2.       Masa bujang, nak kua gi mana-mana tak kesah pun dengan sape, nak balik pukul berapa, nak pegi mana. Tapi bila dah jadi suami orang, mana boleh buat macam tu. Isteri dan anak-anak perlukan kamu kat rumah. Bila jadi isteri orang pulak, tak boleh kua sesuka hati. Nak kena mintak izin suami, tak boleh kua dengan sembarangan orang, silap-silap suami nak ikut sekali ;)

3.       Time bujang, bila masuk je bulan puasa, suka hati kita la nak bangun sahur ke tak. Kalau malas sahur, tak bangun. Tapi bila dah jadi isteri orang, malas ke, rajin ke, kena bangun jugak sediakan makanan sahur dan layan suami makan.

4.       Masa bujang, kalau time makan tak payah susah-susah nak hidangkan makanan dengan proper. Amik nasik, kutip lauk letak dalam pinggan, amik air segelas, ngadap tv. Makanlah selama yang mungkin. Tapi bila dah kawin dah tak boleh buat macam tu lagi =)

5.       Time bujang, kalau malas basuh baju, longgok je kumpul sampai seminggu. Agak-agak dah takde baju nak pakai, baru basuh. Tapi bila dah berkeluarga, hari-hari kena basuh baju. Kalau tak, lagi lama longgok, lagi banyak ^_^!

6.       Masa bujang, kalau time nak balik raya, tak payah fikir nak balik mana. Otomatik balik kampung sendiri. Tapi bila dah berkeluarga, tiap-tiap kali nak balik raya kena osom ngan suami. Time-time ni lah nak kena banyak memujuk dan membelai dengan harapan first raya dekat kampung kita. Tapi kalau tak dapat..... Haha

7.       Kalau time bujang, gi shopping sorang-sorang. Kalau takde kawan yang nak teman memang sadis. Pastu beratur panjang masa nak bayar. Tapi bila dah kawin, mestilah shopping ngan suami. Yang paling best, kat kaunter bayaran boleh hilangkan diri sebab semua suami yang bayar ;)

8.       Time bujang, semua keputusan dibuat sendiri. Sendiri-sendiri yang decide. Tapi bila dah kawin, semua masalah kena bawak berbincang dengan suami/isteri. Mesti ada persepakatan disitu. Apa yang penting? Kerjaaaasamaaa >_<

9.       Masa bujang, tak banyak masalah. Kita hanya tahu jaga diri sendiri je. Tapi bila dah kawin, kena jaga hati pasangan, keluarga mentua dan keluarga sendiri. Oh, itu bukan satu masalah, malah it’s gonna be fun!

10.   Time makan masa bujang ikut suka nak makan pukul bape. Kadang-kadang ‘breakfast’ pukul 3 petang. Tapi bila dah kawin dah tak boleh buat macam tu. Breakfast is breakfast, lunch is lunch, tea time is tea time, dinner is dinner and supper is supper!

11.   Masa bujang, kalau time malas masak, boleh merayap kat kedai mamak. Tapi bila dah kawin, takkan hari-hari nak makan kat kedai? Baru dua bullan kawin, kepala laki dah botak licin!

12.   Time bujang, nak beli ape pon tak kesah. Ada duit, shopping. Tak de duit, diam. Tapi bila dah kawin, semua nak kena budget. Duit keluar masuk, duit simpanan bersama, duit kecemasan, duit anak-anak, duit nak balik kampung dan etc.

13.   Masa bujang tak kesah pon rumah tunggang-langgang macam kapal pecah. Tapi bila dah kawin, semua kena kemas dan teratur. Baru suami tambah sayang >_<”

Tak kisah lah samada bujang atau dah kawin. Yang pasti, kedua-dua keadaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi yang pasti, berdua lebih baik! Kepada yang masih bujang, cepat-cepatlah kawin. Rugi kalau tak menikmati pahit manis kehidupan berumah-tangga. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam yang bengkok, untuk diluruskan. Lenturkanlah ia dengan perlahan-lahan kerana hati kaum Hawa serapuh kaca. Sekali berderai, tak mungkin ia bercantum kembali. Buat si Hawa, hormatilah kaum Adam kerana kita akan terasa gagah bila dilindunginya. Jelas, siapapun kita dimuka bumi ini, kita telah diciptakan untuk saling memerlukan. Cari lah cinta Ilahi, dan nantinya Dia akan utuskan seseorang yang diperlukanoleh mu, bukan dikehendaki olehmu. Percayalah, kerana sesungguhnya hanya Dia yang maha Mengetahui siapa yang terbaik buat kita >_<”
Dan bukankan ikatan perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w?