Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Wednesday, December 7, 2011

Putus Chenta?

Assalamualaikum wbt..


Hello >_<"


Wah, cintan cintun plak topic malam ni kan...


Best bercinta? Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Mungkin sama, mungkin berbeza. 
Salah ke bercinta? 
Kenapa bila bercinta mesti ada time break, putus terus... bla..bla..bla...


Kenapa mesti ada part putus chenta?


1) Tak serasi lagi.
 Bila hati dah tak sayang, semua nampak serba tak kena kan? Dia dah tak sewangi dulu, kenapa si dia pakai make up macam lontong?, mana pergi six pax jejaka ni dulu?, kenapa perut dia dah buncit... bla.. bla.. bla.. pelbagai alasan.

2) Bila hati terpaut pada yang baru.
Sentiasalah nak banding-bandingkan yang sedia ada dengan yang baru. Cakap sikit dikatakan membebel. Tegur sikit dikata marah. Mesej sikit dikata rimas. Uhhh...

3) Bila dah rasa diri lebih layak mendapat seseorang yang lebih sempurna.
 Erk, no comment. Ada ke manusia sempurna?

Putus chenta memang menyakitkan, terutama bagi yang sangat setia dan ditinggalkan tanpa dia sendiri tahu kenapa dan mengapa. 


Bagi yang sedang putus chenta, let's do these:


1) Jangan duduk seorang diri. Cari teman, lupakan dia. Dia tidak layak untuk berada dalam minda kamu walau sesaat pun.


2) Buang semua kenangan yang boleh mengingatkan kamu pada si dia.


3) Apapun yang kamu sedang buat sekarang, try to improve yourselves. Jangan biarkan si dia melihat hidup kamu merana. Buktikan padanya yang kamu mampu berada lebih tinggi tanpa dia disisi kamu.


4) Jangan cepat cari pengganti. Khuatir nanti kamu hanya akan menjadikan orang baru itu sebagai tempat penghilang sunyi.


5) Sentiasalah berdoa supaya nanti ditemukan dengan orang yang menyayangi kamu lebih daripada dia. Kamu juga harus bersyukur kerana belum mengikat apa-apa ikatan dengannya. Bayangakn jika dia melakukan perkara yang sama semasa dalam usia perkahwinan kamu?!


6) Wake up, don't be too sad. Hidup kita tak lama. Tak perlu membazir masa untuk orang seperti si dia. Masa depanmu lebih penting.


7) Sentiasa positif dan yakin pada diri sendiri. Lakukan hobi dan minat bersama orang-orang sekeliling. Tak ada kesilapan, tak ada pengajaran. Betul tak?






Nampak senang? Type memang senang. Tapi hati kita yang menaggung. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kan? Penulis faham. Kerana penulis juga pernah berada dalam situasi yang sama. :)


Life is beautiful. 
Cherish it, Love it. 
Regardless what mistakes are made, we will march on to victory!
Kerana kita mungkin tidak akan menikahi orang yang kita cintai, tetapi kita akan mencintai orang yang kita nikahi

Percaya, bahawa penggantinya nanti PASTI yang terbaikk!!
With love, Azlin Aziz.

No comments:

Post a Comment