Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Saturday, December 3, 2011

Persediaan Untuk Menjadi Seorang Wanita, Isteri, dan Ibu.

Ola :)


Topic hari ni macam tertera kt atas. Wah, macam tak sabar-sabar lagi kan? 
Bukan begitu.
Apepun, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Practice make perfect isn't?

1) Belajar Agama.
~ Paling penting. Untuk menjadi seorang wanita yang tenang dan matang, ilmu agama cukup penting. Selain itu, ia juga penting sebagai asas untuk melayari bahtera rumah tangga dan menjadi seorang ibu yang prihatin dan bertanggungjawab.


2) Belajar Menghormati.
~ Sebagai seorang wanita dan bakal menjadi seorang isteri kelak, kita perlu belajar menghormati hak-hak privacy suami. Hormat bila beliau membuat keputusan, dan sentiasa meletakkan keluarga ditahap tertinggi. 


3) Belajar Bersabar.
~ Wanita cantik harus sentiasa bersabar. Tidak kira apa pun dugaan yang menimpa, kesabaran perlu sentiasa ditahap maximum. Ingat, dugaan adalah guru terbaik kepada setiap pengalaman.


4) Belajar Setia dan Patuh.
~ Semasa bercinta, lain situasinya dengan alam rumah tangga. Bila dah menjadi ISTERI, tanggungjawab sudah berbeza. Kalau masa bercinta, kita boleh buat apa yang kita rasa betul. Tapi bila dah kahwin, layanan pasti berbeza. Ia lebih kepada kepatuhan pada permintaan dan arahan suami. Tapi ingat, patuh hanya pada sesuatu yang tidak melanggar syariat agama.


5) Belajar Menerima Seadanya.
~ Juga penting. Sentiasa menyokong suami dikala susah dan senang. Terima seadanya keadaan suami. Tidak selalu kita di atas. Pasti ada ribut yang singgah. 


6) Belajar Bertolak Ansur.
~ Paling susah untuk dilakukan. Tapi harus diingat, cuba praktis dari sekarang, cuba bertolak ansur dengan kawan-kawan, tidak cuba menimbulkan pergaduhan untuk hal-hal remeh, dan sentiasa berfikiran positif. Sebagai isteri, lagi banyak perkara yang kita perlu bertolak ansur.


7) Belajar Masak dan ERT.
~ Haaa... Part ni paling seronok. Belajar masak bukan take overnight untuk pandai. Banyak kali tau buat baru betul-betul menjadi. Untuk tawan hati suami, tawan perut beliau dulu. Kalau pandai masak, mentua pun sayang. InshaAllah. Anak-anak pun tak terbiar dan diet mereka akan teratur nanti.


8) Belajar Melawa.
~ Hehe. Yang paling best part ni lah. Saya suuukaa melawa. Belajar melawa sekarang. Bukan untuk siapa-siapa, untuk suami juga. Dirumah nanti jangan pakai kain batik lusuh dengan baju t-shirt je. Pakailah pakaian elok dan seksi sikit. Bukan orang lain, suami kita jugakkan? >_<"


9) Belajar Senyum.
~ Part ni paling tak ramai yang buat. Muka dah cantik, figure dah lawa, tapi susah senyum. Ish. Senyumlah walau kadang-kadang ia pahit. Penting bila saat berhadapan dengan suami yang kepenatan pulang dari tempat kerja, tetiba tarik muka masam. Ia tak susah, cuma perlu praktis. Lagipun senyum itu kan sedekah?


10) Belajar Berdikari.
~ Jangan mengharapkan orang lain dalam semua benda. Cuba ikhtiar sendiri. Cuba lakukan sendiri. Pasti si suami tersenyum dan bangga mempunyai seorang isteri yang pandai berdikari. 


.Semoga dengan izinNya, kita mampu berubah untuk menjadi seorang wanita, isteri dan ibu yang sempurna. Cuba untuk menjadi yang terbaik, cuba untuk memupuk jiwa dan hati menjadi insan mulia, dan cubalah rajin-rajinkan diri untuk membaca kisah-kisah isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Contohi mereka, jadikan alam rumah tangga suatu saat terindah dalam hidup. Cuba curi peluang untuk masuk ke Jannah Allah SWT dengan satu-satunya cara termudah iaitu dengan mentaati suami dan ibu bapa. InshaAllah, kebahagiaan yang hakiki milik kita. Amiin.

No comments:

Post a Comment