Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Thursday, October 6, 2011

Kenapa Allah buat macam tu?

Kenapa Allah ciptakan adam dan hawa? Kenapa sejak dari sebelum tercantumnya ovum dan sperm, Allah dah tentukan segala-galanya?

Kenapa semasa pembahagian sel untuk gamet (Ovum dan sperm), Allah ciptakan hanya sebiji ovum yang wanita hasilkan setiap bulan, tetapi berjuta-juta sperma dihasilkan oleh kaum adam? Kenapa Allah tak ciptakan 1 sperm, dan 1 ovum sahaja? Jadi tak payahlah semua sperma berebut. 

Kerana Allah ciptakan lumrah manusia begitu. Terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan. Ovum dihasilkan hanya satu biji setiap bulan, kerana kualitinya. Sperm dihasilkan berjuta-juta setiap kali lelaki replenish sperm's production kerana kuantitinya. 

Tahu kenapa? Kerana setiap sperm yang berusaha memikat ovum semasa proses persenyawaan itu adalah sperm yang selayaknya bergabung dengan ovum tersebut ---> we call it as a WINNER. Hanya satu sperm diantara berjuta-juta yang dilepaskan dapat bergabung dengan ovum. Amazing bukan?

Itulah kita. Seperti sedia maklum, sperm dihasilkan oleh kaum lelaki, dan seperti asal kejadiannya, lelaki perlu kuat. Sejak dari sperm lagi, mereka perlu compete antara satu sama lain, travel dalam sistem pembiakan wanita untuk mencari ovum dan bersatu dengannya. Mereka berlumba against the concentration, against the gravity to reach ovum yang bersifat stationary. Begitu juga wanita. Wanita hanya banyak menunggu dan melihat. Dan menjadi tulang belakang seorang lelaki bila mana dia diperlukan. It reflects the condition where when fertilization occurs, wanita yang banyak mengambil alih kerja-kerja tumbesaran bayi sehingga tempoh melahirkan.

Pernah kita terfikir? Kenapa Allah jadikan kita begitu? Ya, lelaki dan wanita banyak bezanya. In reality, lelaki perlu berkerja keras membanting tulang untuk menjamin kesejahteraan hidup dan pasangan. Wanita? Lebih kepada urusan rumah tangga membantu lelaki. 

Besar hikmahnya bukan? Ternyata, setiap kejadian yang Allah ciptakan itu bukanlah sekadar mengadakan sahaja, namun ia banyak memberi maksud tersirat disebalik segala kejadian ciptaanNya. 

Maha suci Allah yang menjadika kita sebagai seorang pejuang yang berjaya. Tiada antara kita yang loser, hanya kerana hidup ini tak selalu indah, dan hanya kerana putaran hidup umpama roda. Tak selalu di atas, juga tak selalu di bawah. Berusahalah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang tabah >_<"

Alahmdulillah dengan ilmu yang ada, semoga ia bermanfaat. Amin.
Thanks for reading.
By: Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz.
Final-year student; Ba(Hons.) Biology, UiTM Shah Alam.

No comments:

Post a Comment