Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Wednesday, October 19, 2011

Saya Minta Maaf :')

Saya minta maaf.
Kita dah tak boleh kembali seperti dulu.
Awak milik orang lain.
Awak bukan milik saya.
Kita tak mungkin bersama.
Hati saya sudah terisi.

Walau awak merindukan saya.
Walau awak berusaha untuk menambat hati saya.
Walau awak merayu untuk kembali.

Saya terharu kerana awak masih merindu.
Tapi saya tak dapat berbuat apa-apa.

Saya minta maaf saya buat begini.
Percayalah, ia untuk kebaikan.
Saya minta maaf jika ia nampak kejam.
Tapi percayalah, ia untuk masa depan.

Hargailah dia.
Yang menyayangi awak dengan sepenuh hatinya.
Hati saya tak mungkin dapat berbuat begitu untuk awak lagi.
Hargailah dia.
Yang sudi berkongsi susah dan senang.
Yang sudi bertarung nyawa untuk menyambung zuriat keturunan awak.
Yang patuh dan setia pada awak.

Saya minta maaf. 
Saya bukan yang dulu lagi.
Segalanya sudah berubah.
Terimalah takdirNya.
Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Terimalah, saya bukan tercipta untuk bersama awak.
Lupakan saya.
Sayangi dia.
Bencikan saya.
Cintailah dia.
Buang cerita dulu.
Cipta cerita baru yang lebih bahagia.
Jauhkan diri dari saya.
Kerana dia bakal melahirkan si bayi comel yang akan berbintikan nama awak.

Cukuplah. 
Saya sudah ada yang punya.
Pengganti awak ini bukan yang sempurna. 
Namun cukuplah jika dia menyintai saya seadanya.
Dia bukanlah yang paling baik.
Namun dia memahami saya.
Dia bukanlah yang paling kaya.
Namun dia mampu menjaga saya.
Dia bukanlah yang pandai segalanya.
Tapi kami masih mencuba yang terbaik.

Tolonglah faham. 
Hanya itu yang saya harapkan.

By: Azlin Aziz.

No comments:

Post a Comment