Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, January 14, 2011

Lelaki Acuan al-Quran



  • lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman...
  • yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah...
  • yang sentiasa haus dengan ilmu...
  • yang sentiasa dahaga dengan pahala...
  • yang solatnya adalah maruah dirinya...
  • yang tidak pernah takut berkata benar...
  • yang tidak pernah gentar melawan nafsu...

  • lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya...
  • yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
  • yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
  • yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung....dan....
  • tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

  • lelaki acuan al-Quran ialah yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
  • yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga...
  • yang bakal mendidik anak-anak mendalami ilmu agama...
  • yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
  • kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...

  • lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya...
  • yang hidup dibawah naungan al-Quran...
  • dan mencintai sifat Saidina Abu Bakar as-Siddiq...
  • yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
  • yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

  • lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa...
  • matanya kepekatan kerana kuat membaca...
  • yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
  • yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
  • bangun subuhnya penuh kecerdasan...
  • kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

No comments:

Post a Comment