Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Saturday, January 15, 2011

nasihat utk dr sendiri

merenung nota slides genetic...dari tadi lagi aku mencuba untuk focus..fikiran tetap melayang ke tempat lain.terngiang-ngiang dengan ape yang telah berlaku malam tadi. ah, alangkah bagus jika dapat ku putar masa. jika aku tahu ini rasanya, aku takkan mengambil langkah yang drastic seperti itu. seronok membawa padah. sehingga waktu sekarang, aku masih teringat akan peristiwa itu. rasa bersalah menyelubungi hati. tapi, bila teringat kembali nasihat ma yang menelefonku tadi, rasa bersalah terus hilang. betul kata ma, ni bukan kali pertama dia buat hidupku jadi tak tentu arah. sudah beberapa kali dia menumpahkan air mata aku, samada disaksikan oleh ma atau tidak. dalam hal ini, ma banyak memberi dorongan dan semangat. tindakan aku mengikut emosi. aku tidak berfikir panjang. tapi jauh di sudut hati, aku dapat merasakan ini adalah gerak geri Tuhan-Dia telah merancang semua ini untuk kebaikan bersama. jika kejadian malam tadi tidak berlaku, sudah tentu perkara ini tidak akan selesai. 

sesungguhnya aku memerlukan kekuatan untuk berdiri semula. mungkin kerana aku tidak pernah melakukan tindakan sebegini sebelum ini, rasa nya terkesan hingga kini. ini kesilapan aku yang dah pun aku lakukan, dan apabila menyedarinya, semuanya sudah terlambat. semangat berkobar-kobar untuk study, tapi bila cuba untuk focus, fikiran melayang. aku memerlukan masa untuk menghilangkan rasa ini. mungkin ada hikmahnya perkara ini terjadi. ma tak putus-putus memberi nasihat yang terbaik pada ku. terkadang, aku merasakan apa yang aku buat ada kebaikannya. tapi aku tetap masih tidak dapat menerima kejahatan diri aku sendiri. tak tenang rasanya bila buat orang terasa dengan kita. sebab memang prinsip aku selama ni, "walau sejahat mana pun perlakuan seseorang terhadap kita, jangan berdendam...cuba untuk maafkan...insyaAllah, hati kita akan senang, kita akan terus hidup bahagia dan harmoni..."

tapi, hari ini, aku melanggar prinsip hidup aku. rasa bersalah kerana tidak berdisiplin. aku tak nak hidup dalam kebencian orang, tapi, jika aku terus memendam rasa, aku akan hadapi sesuatu yang lebih parah di masa akan datang. sampai bila aku nak hold situasi ini?tapi, hari ini, segala-galanya sudah selesai..harapan aku ialah semoga kejadian yang sama tidak berulang lagi....

----->hidup bagaikan drama. tiada seorang pun manusia yang boleh terlepas daripada menghadapi masalah. semua orang ada masalah. kadang-kadang masalah yang sama menyelubungi hidup individu yang berlainan. apa yang berlainan ialah cara setiap orang treat masalah masing-masing. memang susah jika masalah tersebut melibatkan hati dan perasaan orang lain. selalu berpegang kepada kata-kata hikmah papa,"janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan", "jika bercakap itu perak, maka diam itu emas", "tidak sabar sesaat, merana seumur hidup" dan banyak lagi. namun, tidak dinafikan apabila pelbagai masalah yang berlaku disekeliling kita setiap hari ini lah yang akan menjadikan hidup kita lebih matang. jika bercakap tentang tanggungjawab, ada manusia yang lebih banyak berpura-pura. seolah-olah sudah melakukan tanggungjawab yang di amanahkan namun masih lagi tidak menyempurnakannya. 

----->sudah tersurat yang manusia tidak akan pernah rasa cukup dengan apa yang dimilikinya. ketidakpuasan hati itu lah yang menyebabkan manusia terus mencari sesuatu yang dia sendiri tak pasti.kadang-kadang sifat tamak itu perlu, tapi untuk most of the time, sifat tamak adalah untuk orang yang selalu rugi.tamak dalam mencari harta, tamak dalam mencari pasangan yang terbaik, tamak sehingga menyebabkan ada insan lain yang tersiksa. kejam kan?tapi ini lah realiti dunia sebenar. bercakap memang mudah, sehingga lah kita sendiri yang mengalami keadaan itu. tanpa kita ingat, keindahan dunia hanya sementara, sehingga kita lupa untuk mengumpul bekalan ke sana.

----->cinta manusia, indah di fana dunia..cinta Ilahi kekal selamanya. siapa kita untuk menilai manusia lain samada seseorang itu terbaik untuk kita atau tidak.tiada manusia yang sempurna, tiada manusia yang melebihi sifat Rasulullah s.a.w...sebelum kita menilai kebaikan dan keburukan seseorang, mengapa tidak kita judge diri sendiri dulu?kerana kita rasa kita dah cukup baik?kerana kita rasa kita dah cukup sempurna?kerana kita rasa kita dah cukup mulia disisiNya?saya ada jawapannya...kita tidak menilai kelemahan dan kelebihan diri sendiri kerana kita takut untuk menghadapi keburukan diri sendiri..takut untuk menerima kenyataan bahawa diri kita tak sempurna. takut untuk mengetahui yang kita bukanlah manusia mulia disisi Allah s.w.t...kerana kita sebenarnya adalah seorang yang PENAKUT untuk menghadapi kenyataan. kenapa dambakan seorang wanita semulia Siti Khadijah jika diri sendiri tidak semaksum Nabi Muhammad s.a.w?kenapa dambakan wanita secantik Zulaikha jika diri tidak sesempurna Nabi Yusuf?

~~~secantik mana pun kita, setinggia mana pun kita disanjung didunia yang fana ini, kita tidak boleh lupa, masih ada yang memerhati. perhatian yang diberi ganjaran atau balasan. kita boleh berselindung di mata kasar manusia, tapi Allah s.w.t lebih mengetahui segala-galanya.. jujur pada diri sendiri, jujur sesama manusia, cuba untuk jadi yang terbaik dengan rasa penuh rendah diri kerana walau bagaimana pun kita merasakan yang kita berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa. jika ada keraguan dalam meneruskan kehidupan, back to basic. al-Quran dan solat sunat adalah terapi paling berkesan bila dilanda masalah. Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita. sesekali Allah s.w.t menduga, kerana Dia sayangkan kita, Dia mahu kita belajar lebih banyak supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama....semua yang terjadi, yakin lah bahawa ada hikamhnya...cuma lambat atau cepat, biarlah Allah s.w.t melakukan tugasanNya...selebihnya, kita hanya mampu berdoa...kerana Allah s.w.t tidak akan merubah nasib kita andainya kita sendiri tidak mencuba untuk berubah...

~~~cuba jadi yang terbaik, setiap hari, dengan azam baru, jadi yang terbaik dari yang sebelumnya..jika ditakdirkan jatuh tersungkur, jangan berputus asa untuk bangun lagi...berhati-hati dengan tutur kata kerana lidah lebih tajam dari belati..sentiasa senyum dan berfikiran positif. tiada masalah yang tiada penyelesaian....semoga kita sentiasa di dlam redhaNya....

**ya Allah ya tuhanku, aku memohon keampunanMu di atas keterlanjuranku, ampunilah daku, kedua ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan semua muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..lindungi la kami semua daripada kecelakaan dan kehinaan, jadikanlah hati kami hati yang luhur dijalanMu, jadikanlah kami hambaMu yang sabar dan beramal soleh, tetapkan lah iman kami, satukanlah hati kami, redhailah perjuangan kami...masukkan kami ke syurgaMu, ya Allah...jauhkan kami dari bahang api neraka...robbana laa tuziq qulu bana ba'da iz hadaitana wahablana minladunkarohmah, innaka antalwahhabb....amin ya rabbal'alamiin...

1 comment:

  1. sangat mendalam tausiah ini , saya pikir ini yang terbaik buat siapa saja, for everyone, i think u r smart girl, expecially emotionally smart...

    ReplyDelete