Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Sunday, January 16, 2011

(= senyum sikit =)






Dari jauh nampak bilik tu sangat berserabut. helaian-helaian kertas bertimbun-timbun. "boleh tenggelam bilik ni dengan kertas," bisikku dalam hati. lantas pintu diketuk memohon keizinan untuk masuk. "Assalamualaikum..."
"Masuk.." jawab beliau dengan nada keras tanpa menoleh untuk melihat siapa tetamu beliau. "Ada apa?" mendongak dengan wajah yang mencuka. "Doktor, saya nak tanya tentang assistant lab yang akan handle kelas kami," dengan nada separuh berani aku bertanya. banyak sudah cerita yang aku dengar tentang sikap Doktor ini yang kurang mesra dengan pelajarnya. tapi, sebelum membuat sebarang spekulasi, aku ingin menghadapi sendiri situasi yang sebenarnya. "oh, pasal tu, go back, go back, nanti saya uruskan kemudian. saya banyak kerja." masih bernada keras. aku tersentap, "ok, trima kasih, doktor." perlu ke berterima kasih?gumam ku dalam hati. hmmm...sekarang baru aku tahu ape perasaan senior-senior aku..rupa-rupanya betul ape yang diceritakan oleh generasi sebelum ini...




cerita aku ni bukan niat nak mengaibkan siapa-siapa, bukan jua untuk focus hanya pada cerita di atas..masih banyak lagi cerita-cerita tentang manusia-manusia yang susah nak senyum ni yang aku hadapi. di pasar raya, di kaunter-kaunter urusan, masih ada segelintir staff yang susah nak senyum. terutamanya perempuan... lelaki pun ada juga, tapi tidak lah seramai kaum hawa... takkan setiap hari period?atau, takkan setiap hari gaduh dengan laki? susah kita nak tafsirkan sikap manusia ni...padahal bukan buat apa-apa salah hanya dengan tersenyum..

"sape tu?akak kenal ke dia?" adikku kerap bertanya. kalau bukan adik-adik pun, sesiapa saja yang berjalan denganku pasti bertanyakan soalan yang sama. "tak,akak tak kenal," jawabku jujur. "habis, kenapa senyum kat dia tadi?" masih kehairanan budak ni... "saja, sedekah."jawabku sambil tersenyum. bukan niat untuk memuji diri sendiri, tapi memang aku latih diri ku untuk senyum selalu. kenal atau tidak, siapa atau bukan sesiapa, aku akan senyum. bukan niat hendak tackle siapa-siapa, tapi dengan senyuman, orang akan senang melihat kita.




"ei, geramlah assistant lab tu, xpenah nak senyum.aku ni macam kerang busuk dok senyum kat dia, dia selamber je wat muka taik..senyumlah sikit.."bebel ku panjang..kawan-kawan yang rapat dengan ku dah biasa dengan bebelan aku. diaorang pun mengangguk setuju..terkadang, aku terfikir kalau lah aku berpeluang, aku nak sangat duduk di samping orang yang tak suka senyum tu dan cakap dengan nada yang paling lembut,"puan, puan ada masalah ke?puan nak kongsi dengan saya tak?kalau puan ada masalah, saya boleh tolong.." kan?



pernah aku dengar sesetengah research mengatakan, bahawa setiap kali kita senyum, otot-otot di bahagian muka akan meregang dan akan membuatkan kita kelihatan muda.. taknak kelihatan muda ke?lagi pula, dari segi agama, ia dikira sebagai sedekah. walaupun senyum tidak memberi apa-apa nilai wang ringgit, tapi dengan senyuman, ia mampu menenangkan..senyum kepada kawan yang sedang menghadapi masalah, ia mampu mengurangkan beban sahabat itu...senyum kepada suami yang penat pulang dari kerja, mampu menghilangkan letih suami tersayang..senyum kepada semua orang merupakan terapi yang paling berkesan untuk menghilangkan keresahan...

dulu, sewaktu mulut aku masih mulut longkang, aku pernah berkata,"ei, senyumlah sikit.dah la muka tu macam tembok, susah nak senyum plak tu, lagi la buruk. dah la perangai pun mcm setan, kalau senyum sikit, tak de la  nampak buruk sangat...bahasa bunyi teruk kan?tapi tu la hakikatnya...


senyuman tak seharusnya menawan..tapi senyuman tu biarlah ikhlas dari hati..senyum ada macam-macam tafsiran...senyum sinis, senyum sindir....macam-macam mana pun senyuman di beri, senyuman tu biarlah tulus dari hati...

mulai hari ni, tanam kan azam untuk senyum kepada semua orang, jangan berdendam, cuba untuk jadi yang terbaik...semoga ape saja kebaikan yang kita lakukan, akan mendapat ganjaran daripada yang Maha Berkuasa...

-----> jgn lupa untuk senyum selalu =).......keep smiling!!!!!


SENYUM UNTUK KEHIDUPAN =)
~~alin aziz~~


No comments:

Post a Comment