Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Saturday, April 30, 2011

"RMcinta.00"

Ramai orang yang sanggup berkorban apa saja demi cinta. Berkorban harta, nyawa, malah ada yang sanggup menggadaikan maruah diri demi membuktikan cinta pada seseorang. Sedarkah kita, adakah ia berbaloi? Satu pihak sanggup mengorbankan harta dan nyawa, menyerahkan tubuh badan hanya untuk insan yang dicintainya?
Jika sudah berkahwin, lain pula ceritanya.. Jika belum? Adakah ia berbaloi? Ia akan mengulangi cerita yang sama - habis madu sepah dibuang. Selepas itu? Menyesal? Kenapa perlu menyesal? Kan dah puas buktikan cinta pada si kekasih hati? Seolah-olah maruah boleh dijual-beli. Seolah-olah dara ada dijual di pharmacy. 

Beberapa orang pernah bertanya saya, antara cinta dan harta, mana yang lebih penting? Ada orang boleh terima bulat-bulat siapa pasangannya, tidak kira samada pasangannya kaya atau tidak. Saya? Saya memang suka lelaki kaya. Kaya budi bahasa, ditambah kaya harta, memang sempurna. Nampak macam saya mata duitan kan? Ye, sikit-sikit...

Apa itu cinta? Kalau saya tanya, apa itu cinta? Cinta yang ikhlas datangnya dari hati. Cinta tidak semestinya memiliki. Cinta tidak perlu bukti. Cakap memang senang kan? Okay, kalau saya tanya, mana lebih kamu prefer? Bersama dengan orang yang kamu cintai dengan sepenuh hati sampai akhir hayat kamu atau bersama dengan seseorang yang kamu tidak suka tetapi kaya raya? Mesti la jawapannya bersama degan kekasih hati yang dicintai kan? Pasti?

Bagi saya pula, cinta dan wang masing-masing memainkan peranan yang sama pentingnya. Wang yang banyak tidak boleh membeli cinta. Namun, tanpa wang juga, rasa cinta akan pudar dan hilang. Tak percaya? Berapa ramai pasangan yang bercerai kerana berpunca daripada nafkah zahir? Berapa ramai kes yang kita dengar di mahkamah syariah yang melibatkan nafkah zahir? Semasa bercinta, semua indah, kurap pun nampak macam bunga-bunga badan. Bila dah kahwin.....?

Bukan saya materialistik, tetapi saya mata duitan. Konsep mata duitan bukanlah selalunya negatif. Cuba kita lihat dari sudut pandang yang positif. Ada tak di pasaraya sekarang, ada dijual lampin bayi pakai buang yang berharga "RMcinta.00?" Ada tak di pasaraya ada dijual beras yang berharga "RMcinta.00...?"

It sounds like impossible kan? Sekarang barulah kamu faham kenapa saya mengatakan duit itu sama penting dengan cinta. Lelaki yang baik bukanlah lelaki yang boleh melimpahkan harta kekayaan buat keluarganya, tetapi lelaki yang baik adalah lelaki yang sedaya upaya mencukupkan keperluan keluarganya dengan cara yang halal. 

Perlu diingat disini, si isteri juga memainkan peranan disamping suami. Tidak bermakna si isteri boleh duduk dan goyang kaki menanti nafkah dari suami. Kedua-duanya perlu berusaha ke arah kesejahteraan. Memang tugas suami keluar bekerja, dan mencari nafkah. Tetapi, dalam dunia globalisasi seperti sekarang, berapa ramai lelaki yang keluar je universiti, terus dapat kerja jadi bos? Tak ramai kan? nah, disinilah si isteri perlu memainkan peranan agar dapat meringankan sedikit beban suami. Rezeki, jodoh, pertemuan, hidup dan mati semuanya di tangan Tuhan. Namun, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya...

Namun, harus diingat, setiap anak-anak yang lahir mempunyai kelebihan tersendiri. Pernah dengar istilah "Rezeki anak?" Itu lah yang dimaksudkan. Yang penting, usaha, doa dan tawakkal.

Hidup dalam kemiskinan dengan redha Allah lebih manis daripada hidup dalam mahligai emas tetapi penuh dengan laknat dari Allah... Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terdetik di dalam hati manusia. Awasi langkahmu, kerana sentiasa ada yang mengawasi. Jangan dilupa, dunia hanya tempat persinggahan menanti syurga atau neraka. 

Saya ingatkan pada diri saya, dan kamu semua, samada bakal suami, atau bakal isteri, ingatlah, anak-anak kita akan reflect sikap masa muda kita. Jika baik kita, maka baiklah generasi yang akan datang. Jika sebaliknya.... 
Jadi, kita lah yang mencorakkan generasi yang akan datang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sehinga sekarang, tidak terhitung betapa ramainya kelahiran anak-anak yang tidak sah taraf. Bukan mereka minta dilahirkan di dunia, tetapi mereka dilahirkan atas bukti cinta. Zalim kan? 

Konklusinya, bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika rasa tidak cukup, usaha lah untuk tambah lagi, tapi dengan cara yang halal. Suami bukan keldai dan kita bukan tuannya. Suami adalah sumber kekuatan, pelindung dan pahlawan yang gagah. Hargailah suami anda =).

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya. Amiinn ya rabbala'lamiin..
~Tuan Azlin bt. Tuan Abdu Aziz~
Maruah diri lebih berharga daripada nilaian emas dan permata.
Take care of yourselves.




4 comments:

  1. haha....tetibe dpt ilham =) anyway, tq cz became 1 of my followers =)

    ReplyDelete
  2. Apa pun, jodoh pertemuan semua di tangan Allah.. InsyaAllah kg mentuan tu akan ado majlis besar2an :)

    ReplyDelete
  3. iemah, haha....insyaAllah, doa2kan aku cepat bertemu dgn jejaka idaman syurga ;)

    ReplyDelete