Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Friday, April 15, 2011

Aku, wanita, dan dot dot dot

Di dalam kandungan ma....
~Pa selalu cakap, masa ma mengandungkan saya dulu, mama baca al-Quran setiap hari. Ketika itu, saya sedar, sedari dalam kandungan lagi, mereka harapkan supaya bila saya keluar melihat dunia, saya akan menjadi seorang Islam yang solehah dan berguna. Alhamdulillah, saya keluar atas nama cinta dan Islam. Dan yang paling seronok, saya adalah seorang perempuan =).




Saat keluar ke dunia....
~Saya menangis saat melihat luasnya dunia. Berganda luasnya daripada ruangan kandungan ma. Oksigen, benda pertama yang saya pelajari. Semasa di dalam kandungan ma, saya tidak perlu bersusah payah bernafas sendiri. Semuanya ma yang bekalkan. Oksigen, nutrient, even wastes saya pun ma yang tanggung. Saya rindu dengan amniotic sac tempat tinggal saya dulu. Sekarang, semuanya bermula dengan sendiri. Saya menangis sekuat hati. Saya takut dengan dunia baru saya. Tapi bila terdengar suara pa membacakan qamat di telinga saya, saya menjadi lebih tenang. Rasa lebih selamat dengan suara garau persis seorang pahlawan. Saya kenal seorang lagi orang baru - papa. Perwira hati saya. Sempat saya menjeling padanya. Wah, hensem juga pa saya. Alhamdulillah kita sudah bertemu muka. Selama ni hanya dengar suara saja. 




Sewaktu bayi...
~Saya banyak kali demam. Mungkin masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan environment baru. Lagipun, semuanya sekarang kena buat sendiri. Kalau dulu, tak perlu bersusah payah sebab semuanya ma dah bekalkan melalui umbilical cord. Serap saja. Sekarang, mulut saya sudah berfungsi. Saya terpaksa belajar untuk menghisap sendiri, kadang-kadang terbatuk, selsema dan macam-macam lagi pengalaman baru yang saya belajar.

Sekolah pertama...
~Paling lucu bila saya terlalu excited untuk pergi ke sekolah pada hari pertama. Ma dan pa sediakan keperluan saya untuk ke sekolah. Beli buku, pensil kayu, pemadam getah dan yang paling best, pencil box yang comel. Galas beg sekolah rasa macam dah besar. Tadika al-Yunusiah, Kg. Panjang. Kedua-dua cikgu saya nama Cikgu Na. Seorang cikgu mengajar bahasa dan seorang lagi mengajar agama dan jawi. Seronok dapat ramai kawan. Saat yang paling ditunggu, saat makan tengahari. Semua beratur menunggu makanan. Ada yang tak sabar. Macam-macam perangai. Tapi masa tu apa yang kita fikirkan? Seronok je kan? Main kejar-kejar dengan kawan-kawan, bila bunyi loceng balik, balik rumah. Main lagi. Hmmm...seronok bila ingat-ingat balik.



Sekolah kedua...
~Sekolah Kebangsaan Mentuan. Sekolah rendah yang banyak mengajar saya erti kesibukan. Sibuk dengan persatuan, sibuk dengan sukan bola tampar, sibuk menjadi orang penting dalam organisasi perpustakaan, dan buat-buat sibuk dengan pelajaran. Masa saya bersama pa dan ma semakin sikit. Bila balik rumah, dah penat dan tidur. Saya bukanlah pelajar cemerlang semasa sekolah rendah dulu. Tapi, alhamdulillah, saya berjaya mengumpul sebilangan sijil-sijil tanda keaktifan saya. Cikgu pertama semasa sekolah rendah saya ialah Cikgu Rosilawati. Sehingga hari ini, saya berharap agar saya dapat berjumpa beliau. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepadanya kerana telah banyak bersabar dan mengajar saya. Di akhir tahun sekolah rendah, barulah saya merasai menjadi seorang perempuan. Akil baligh merupakan pengalaman yang menakutkan dan memang tidak dapat saya lupakan. Seminggu demam di awal perubahan hormon itu. Pelik, tapi benar. Betapa besar ciptaan Allah s.w.t. dan kurnianNya untuk wanita. Saya dah merasainya. pelbagai pengalaman. Sakit, lenguh, yang kadang-kala tidak dapat di hurai dengan kata-kata. Indah nya menjadi wanita. Berakhir dengan darjah enam, saya tidak dapat membawa banyak A kepada ma dan pa. Saya nampak riak kecewa diwajah ma. Ma diam. Saya menangis dibilik air. Terngiang-ngiang suara ma ditelinga,"tak guna awak menangis. Benda dah jadi. Selepas ini, usaha lagi."

Sekolah ketiga...
~Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lilbanat. Sekolah kedua saya selepas primary school. Saya sendiri yang memilih untuk belajar di sekolah itu. Antara sekolah arab yang berada di ranking teratas di Kelantan. Tetapi disebabkan political issue, ia tidaklah digembar-gemburkan sebagaimana sekolah-sekolah elit yang lain. Namun, jauh di sudut hati, sekolah inilah yang banyak mengajar saya menjadi seorang perempuan dan batas-batas pergaulan. Saya banyak belajar agama di sekolah ini. Tauhid, feqah, mutla'ah, sirah, nahu saraf, dan juga subjek-subjek akademik seperti sekolah lain. Ditingkatan dua, sekali lagi saya mengecewakan ma dan pa bila mendapat keputusan yang memang tidak memberangsangkan di dalam Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU). Tapi, saya ada alasan yang tersendiri, saya ingin beri yang terbaik sewaktu PMR nanti, lagipun saya memang tidak pandai bahasa arab. Rata-rata di antara kawan-kawan saya, ada yang sudah mempunyai kekasih hati. Tapi saya dah bertekad, paling awal saya akan ada kekasih adalah selepas from 3. Bila peperiksaan PMR, saya kuatkan tekad bila ma dan pa tak henti-henti mendorong saya untuk belajar. Hantar ke pusat tuisyen, hantar ke kelas tambahan. Alhamdulillah, saya berjaya. Bila melihat ma mengangis sambil tersenyum, saya rasa terharu. Saya tidaklah dapat membalas budi ma dan pa, tapi sekurang-kurangnya saya dapat membuatkan ma dan pa rasa berbaloi dengan apa yang sudah mereka investkan.




Tukar sekolah...
~Tingkatan empat. Ramai orang bertanya kenapa saya menukar sekolah. Saya cakap saya tak boleh bawak subjek arab. Mungkin itu salah satu alasan saya. Sekolah Menengah Kubang kerian 1, sebulan saya bersekolah disitu sebelum saya mendapat tawaran ke Elit Girl's School-Sekolah Menengah Zainab 1 (SEMENZA). Rasa pelik bila bersekolah bercampur dengan lelaki di Sekolah Menengah Kubang Kerian 1. Mungkin sudah lama tidak bercampur dengan mereka. Tingkatan empat jugalah saya mula bercinta dengan bekas kekasih saya. Dia schoolmate saya semasa sekolah rendah dulu. Bila sudah bercouple, pada masa itu dikira saya memang laku. Walaupun masih comot, tapi saya rasa macam dewasa. Bangga bila orang tahu yang kita sudah ada couple. Itulah perasaan saya masa tu. Masa tu jugalah saya terasa diri saya sangat comel dengan kehadiran bekas kekasih saya tu. Lama kami menyulam cinta, akhirnya terputus jua. Tapi saya mengambil pengajaran dari sudut yang positif. Selama mana pun kita bercinta, tak semestinya dia jodoh kita. Sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah dan makwe orang, saya banyak belajar tentang hidup, sikap manusia, dan kesabaran. Bilangan kawan-kawan semakin bertambah, dan semakin hari semakin pandai bergaya. Pa orang yang paling sporting sebab dia tak marah saya ada pakwe malah dia minta supaya saya perkenalkan buah hati saya pada masa itu padanya. Saya tidak pernah terkilan dengan hubungan lalu kerana saya tahu saya dah mencuba untuk jadi yang terbaik. Saya kehilangan dia tetapi dalam masa yang sama saya ada segal-galanya. 



Universiti...
~Memasuki universiti memang impian saya. Tetapi saya tak percaya saya berjaya mencapainya. Kerana bagi saya, saya tidak cukup bagus untuk menjadi seorang mahasiswi. Rupa-rupanya expectation saya terhadap pelajar-pelajar universiti terlalu tinggi. Bila melangkah masuk universiti, rupa-rupanya saya adalah antara pelajar-pelajar yang boleh dikatakan excellent. Wah, saya tidak percaya yang saya rupanya lebih dari mampu. Alahamdulillah, saya sekarang dalam proses menghabiskan sisa-sisa terakhir sebelum mendapat segulung ijazah. Tinggal lagi setahun untuk saya menghabiskan degree saya. InsyaAllah, jika ada rezeki saya akan mula bekerja pertengahan tahun depan. Alhamdulillah juga, sekarang saya sudah mempunyai pengganti. Kali ini yang lebih bermakna. Saya tahu, perangai lelaki tak semua sama. Tapi tak semua berbeza. Cuma, beliau sangat berbeza dengan yang lain. Saya tidak mahu komen panjang-panjang tentang beliau sebab saya tak mahu cerita tentangnya menjadi basi sebelum masanya. Pergi tak disuruh, datang tak diminta, andai sudah jodoh, insyaAllah..




The crucial part...
~Menjadi seorang kanak-kanak perempuan, remaja perempuan, siswi, pemudi negara dan seterusnya membesar sebagai seorang wanita adalah benda yang membuatkan saya rasa Allah s.w.t. terlalu sayangkan saya. Saya banyak melakukan kesilapan sepanjang hidup saya. Saya juga banyak memohon keampunan kepadaNya. Namun begitu, Dia tidak henti-henti merahmati hidup saya. Bukan mudah menjadi seorang wanita. tetapi ia adalah indah dengan cabaran-cabaran yang singgah. Hidup terasa sempurna dengan kasih sayang ma dan pa yang melimpah ruah, hidup terasa selamat kerana dilindungi lelaki-lelaki gagah, diri terasa comel bila mendapat pujian yang tidak bertepi. Cantiknya seorang wanita bukanlah terletak pada perhiasannya, bukanlah jua pada tubuh badannya. Tapi cantik wanita terletak pada luhur hati budinya. Pada tertib tingkah lakunya. Pada halus nilai akhlaknya. Semua orang normal ingin berjaya hingga ke peringkat tertinggi. Tapi bagi saya, cukuplah sekadar mengambil sedikit keperluan dunia dan melengkapinya dengan keperluan akhirat. Berjaya dalam hidup sangat indah. Tapi berjaya untuk akhirat adalah lebih indah. Jika bertanya saya tentang arah tuju saya selepas degree ini, jauh disudut hati saya ingin saya menyambung pelajaran saya dan meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor sakit puan. Tapi saya sedar, impian saya akan jadi lebih bermakna jika saya berjaya mendapat restu seorang suami. Saya lebih prefer untuk berkahwin terlebih dahulu, kerana saya ingin menjadi seorang isteri yang diredhai suami. Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Setinggi mana pun kita belajar, setinggi mana pun pangkat kita, suami tetap keutamaan. Pada suamilah isteri bergantung, pada suamilah isteri berlindung. Kerana redha Allah terhadap wanita yang sudah berkahwin adalah terletak pada redha suami. Bukan senang nak masuk syurga, tetapi bukan susah untuk masuk syurga Allah dari mana-mana pintu. Pada saya, once we get married, hidup seorang wanita adalah disisi suaminya. Memberi kasih sayang, memberi perhatian dan belaian, menyediakan segala keperluan suami, menenangkan hati suami dikala dia memerlukan, dan setiap hari cuba untuk jadi yang terbaik untuknya. Jika suami saya izinkan, saya akan menyambung pelajaran saya untuk mencapai cita-cita saya kerana hati saya akan lebih tenang dengan redaha suami saya. Menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Setiap inci perkara harus dititikberatkan. Tetapi banyak tanda-tanda kekuasaan Allah yang menunjukkan Allah memang menyayangi wanita. Saya rasa bertuah kerana menjadi seorang wanita. Indahnya naluri keibuan yang membuatkan kita rasa tenang dan gembira. Indahnya perasaan bila kita dapat melahirkan zuriat keturunan buat suami kita. Indahnya rasa bila kita sentiasa mendapat perlindungan bapa, abang, kawan-kawan lelaki dan suami. Indahnya rasa bila kita sentiasa dipuji, indahnya rasa bila kita sentiasa merasa yang diri kita dirahmati. Bersyukur saya dengan nikmat ini kerana saya sangat bangga menjadi seorang wanita.








No comments:

Post a Comment