Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Saturday, March 12, 2011

cerai kerana ketam







Wanita berusia 31 tahun ini baru mendirikan enam bulan rumah tangga. berkenalan melalui seorang teman,  selepas tiga bulan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Pada awalnya, keadaan rumah tangga baik-baik saja. tetapi setelah 6 bulan bersama, si suami mula berubah sikap. Menengking dan memarahi si isteri. katanya si isteri tak pandai memasak. katanya lagi si isteri tak menepati ciri-ciri wanita idaman.

baru-baru ini, si suami ke pasar membeli ketam. diletakkan ketam di atas singki dan berharap si isteri memasak. malangnya, si isteri tak pandai siang ketam. Maka dia bertanya suami, kalau-kalau boleh diajar cara menyiang. si suami naik angin, dibentak si isteri dan dibaling ketam ke lantai. 

"ketam pun awak tak tahu nak siang? tanyalah mak awak atau mak saya. telefonlah! apa yang saya beli, saya nak awak masak saja. jangan banyak cerita!"

si wanita muda ini terkedu.
"saya tanya abang sebab tengok setiap kali mak saya tak pandai nak buat apa-apa di dapur, ayah akan tolong. saya ingatkan abang boleh tolong saya. sebab itu saya tanya."

"sudahlah, aku dah muak dengan kau! menyesal kahwin dengan kau! setakat nak siang ketam pun tak pandai! sekarang aku ceraikan kau dengan talak satu!"

terduduk wanita ini mendengarnya.

"Apa saya nak buat, puan?" 
"Erm...hanya kerana ketam dia ceraikan puan? mustahil...." 
"benar puan...."

wanita itu lantas memandang dengan sayu, "apa yang perlu saya lakukan sekarang? adakah dia akn kembali kepada saya lagi? sekarang saya rasa hidup saya sudah hancur! Gelap! Macam mana nak tempuh hidup dan masa depan saya serta masyarakat di luar sana? Saya takut!"

Teruskan hidup, hentikan tangisan
Jika kita masih berdiri di tapak yang sama, kita akan tetap di tapak yang sama. Tidak berani menginjak ke depan, tidak berani melangkah ke belakang. Siapa yang tahu tentang masa depan? Siapa dapat mengagak untung rugi seseorang? Segala yang dihadapan, segalanya milik Allah. Hanya Dia saja yang tahu. Tetapi kita perlu yakin, Allah tidak kejam. Allah yang datangkan cahaya, Allah yang buka jalan. Jadi kita harus berani melangkah. Pedulikan kata-kata orang!

Kita jaga tertib, kita pelihara akhlak, kita buat rutin harian kita seperti biasa.Kita buat baik sentiasa, kita mohon perlindungan daripada Allah. Mustahil Allah tak bantu, mustahil manusia tak belas kasihan. Teelalu memikirkan masa depan membuatkan kita berada dalam ketakutan. Hijrah! Melangkah! Teruskan hidup seperti biasa bahkan lebih baik lagi!

Mohon sokongan keluarga
Dalam keadaan ini, keluarga amat penting. Mohon doa ibu ayah, mohon nasihat. Setiap keluarga akn menjadi tulang belakang utama apabila anak yang dikasihi kecewa. Maka kepada mereka kita bercerita, kita jadikan tempat bermanja. 

Pulang selalu ke kampung, telefon mereka, habiskan masa bersama mereka, bercuti dengan mereka. Itu merawat luka, itu menenangkan hati. Mereka takkan pernah salahkan kita, jika seandainya mereka marahkan kita, itu tanda mereka menutup kesedihan mereka yang jauh lagi dasyat daripada kesedihan kita. Ibu mana tak sedih, apabila anak yang dilahirkan dianiaya orang? Mereka lagi sakit. Marah bukan tanda benci. Merekalah dahan kukuh untuk kita bergantung. 

Tetaplah di atas kesabaran
Sabar. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Itu janji Allah. Allah sedang bersam dengan kita. 
Sabda Nabi SAW: "Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan itu hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur, kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan, dai bersabar. Kerana itu lebih baik untuknya." (Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)

Tetapi jika tidak sabar, jika tidak redha, kita akn sentiasa bersedih. Jika kita berhajat dia mengambil kita sebagai isteri semula, adakah wajar hajat kita itu? Berpijak di bumi yang realistik. Dia sudah ceraikan kita, tak perlu kita merayu dia mengambil kita sebagai isteri semula. Talak di tangan suami, akal mereka telah cukup panjang untuk menilai. Jika semudah itu dia ceraikan, kita juga punya harga diri, bukan untuk dikeji atau dimaki. Tak perlu setiap hari menunggu dia, apa guna mengharap pada makhluk? Haraplah pada Tuhan yang menemu dan memisahkan.

Solat istikharah
Buat solat istikharah mohon petunjuk atas apa yang terjadi. Mohon kita redha, ucaplah: "Daripada Allah kami datang, kepada Allah kami kembali. Ya Allah, berikanlah aku pahala atas ujian ini dan gantikanlah yang lebih baik." Hadiahkan al-Fatihah berulang kali untuk diri sendiri, baca surah al-Insyirah sebanyak mungkin. Selawat ke atas Nabi dan sejukkan hati. Sibukkan lidah dengan zikir. Tenang walaupun dengan tangisan yang berlinang di pipi. Tarik nafas dan tetap tenang.

Seandainya.....
Seandainya dia datang untuk rujuk, usah terburu-buru. Gunakan akal yang Allah beri untuk menilai akhlak dan agamanya. Jika ada yang kelihatan terang-terangan cacat (solat tidak terjaga, bahasa tidak terjaga, halal haram tidak terjaga), maka tidak perlu kembali kepadanya. Jika sepertinya baik, maka bermusyawwarah, bincang dengan keluarga dan minta pendapat rakan yang akrab dan istikharah. Terimalah dia kembali. 

Sebenarnya Allah telah selamatkan kita daripada tangan lelaki yang cenderung kepada maksiat (keburukan), adakah kita masih mengharapkan lelaki sebegini sebagai ayah anak-anak kita kelak? Setiap sesuatu ada hikmah. Fikirlah dengan akal dan nilailah dengan iman...

~anis, March 11'~










No comments:

Post a Comment