Tips Menghadapi Pakwe Yang Garang dan Suka Membebel ;p
Disini saya mencadangkan beberapa cara yang boleh digunakan oleh makwe-makwe yang mempunyai pakwe yang garang.... Semoga tips saya kali ini dapat membantu anda menhadapi pakwe yang garang ^_^!
- Tembak beliau dengan pistol air masa beliau tengah marah. Biar reda sikit rasa marah beliau... ;p
- Lepas kena marah, korek idung, pastu sapu kat baju feveret beliau tanda protes.^_^!
- Kalau beliau membebel sambil marah-marah dalam fon, dengar je. Cari point untuk panjangkan perbualan. Bia habis licin kredit beliau. =)
- Korang rakamla perbualan fon masa beliau tengah marah. Nanti time korang marah plak, tak payah penat-penat membebel. Pasang balik rakaman yang sebalum ni. Bia beliau dengar plak. *,*!
- Ajak beliau beradu sape paling cepat, contohnya macam sape paling cepat dapat habiskan Big Mac. Beliau kan tengah marah, confirm-confirm la lambat habis sebab sambil makan sambil membebel. Then sape yang menang kena belanja pakej gi bercuti kat Genting. ~_^
- Senyum je sampai ke tlinga bila kena marah dengan beliau. Anggap je bebelan beliau tu macam lagu Maher Zain je merdunya. @_@!
- Tenung mata beliau dalam-dalam. Pastu wat muka pelik. Then bisikkan kat tlinga beliau, "b nampak makin hensem bila tengah marah." Kita kena pandai amik hati walaupn dengan menipu.~_~
- Korang sediakan la siap-siap air minum untuk beliau masa beliau tengah marah. Kot-kot la beliau nak basahkan tengkuk stelah penat membebel.=o
- Ajak beliau gi kedai makan. Tak pun, masakkan makanan feveret beliau. Orang lelaki sebenarnya cepat marah bila beliau tengah lapar. ;)
- Akhir sekali, senang-senang sumbat kapas dalam tlinga korang. Beliau takkan nampak punya. Korang kan pakai tudung. Pastu korang pura-pura focus la. Tengok gerak bibir beliau. Korang maen la teka-teka dengan diri sendiri, "agak-agak dia tengah membebel pasal ape tu ek?." (.^,^!)
- Hahaha....idea ni datang sebab pakwe saya memang garang. Adus, selalu kena marah bila saya wat salah.. Dahla tak tahu nak pujuk saya ='( (dah wat mende salah, memangla kena marah kan?)
~Rekaan semata-mata...tidak ade kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia.... ~Azlin Aziz~
No comments:
Post a Comment