Gadis Melayu

Gadis Melayu
Thanks for visiting :)

Sunday, March 13, 2011

Cinta Pakai Buang....Syok Ke?

Dari hari ke hari, gejala sosial yang melibatkan kes penzinaan semakin membimbangkan dan semakin hangat diperkatakan. Kes pembuangan bayi pula berleluasa di seluruh negara. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 17,303 anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009.ini bermakna, 47 kelahiran anak luar nikah Melayu Islam dilahirkan setiap hari. Secara tidak langsung, statistik ini jelas menunjukkan bahawa 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari yang melibatkan Melayu (Islam).

Cinta Biarkah Berteraskan Agama
Pakar perubatan merangkumi Kesihatan Reproduksi dan Seksual Remaja dan Wanita, Prof. Dr. Harlina Haliza Siraj mengejutkan hampir 500 penonton yang hadir apabila beliau melontarkan fakta yang menggerunkan mengenai pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).

"Anggaran 50 peratus daripada 727 pelajar IPTA dan IPTS yang berumur antara 18 hingga 25 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing," jelas Dr. Harlina menyatakan kebimbangannya.

Dalam hal ini katanya, tidak mustahil fenomena begini akan menjadi lebih mudarat sekiranya cinta remaja yang tidak berteraskan agama dibiarkan berleluasa.

Menurut Dr. Harlina, orang lelaki memerlukan cinta untuk mendapatkan seks manakala orang perempuan pula melakukan seks untuk membuktikan cintanya. Oleh itu, jika ada ruang dan kesempatan pasangan ini akan melakukan hubungan seks atau dengan kata lain, berzina.

Dalam menghuraikan definisi cinta, Dr. Harlina menegaskan bahawa cinta yang paling agung adalah cinta pada Allah SWT dan cinta yang kedua adalah pada Rasulullah SAW.

"Kita kena periksa samada orang yang kita cinta itu mendekatkan atau menjauhkan diri kita pada Allah SWT. Jika orang yang kita cinta menjauhkan diri kita daripada Allah SWT, cinta sebegitu harus dijauhkan," pesan Dr. Harlina.

Cinta Di Luar Rumah
Dalam membicarakan tentang kehamilan sebelum berkahwin atau ketika bercinta, Dr Harlina menegaskan bahawa ketandusan kasih sayang keluarga di rumahantara punca anak remaja mencari cinta di luar. Anak perempuan mudah bercinta dengan lelaki bukan kerana si lelaki kacak, tetapi kerana sifat lelaki yang mengambil berat dan memberi perhatian terhadap dirinya, lebih daripada ayahnya dendiri. 

"Ayah hendahklah sentiasa memuji anak perempuan seperti cantik, pandai, baik, rajin, sayang, dan sebagainya. Apabila anak perempuan dah biasa dengan puji-pujian, mereka tidak hiraukan pujian orang lelaki lain," ujar Dr. Harlina.
Menurutnya lagi, ramai bapa yang memandang remeh hal-hal sebegini, tetapi pada hakikatnya, remaja khususnya remaja perempuan sangat memerlukan kasih sayang, perhatian, dan penghargaan daripada seorang ayah. Bagi ibu bapa pula, puji-pujian atau kata-kata manis diucapkan semasa anak masih kecil tidak lagi kedengaran ketika anak meningkat remaja. 

"Apabila jiwa remaja anak perempuan ini kosong, mereka mudah car dan tertarik dengan kata-kata lelaki yang memujinya.  Oleh sebab itu, ramai remaja perempuan yang terpedaya dengan pujuk rayu serta puji-pujian lelaki dan akhirnya terjerumus dalam penzinaan. Ruang yang sepatutnya diisi oleh bapa telah diisi oleh lelaki yang dianggapnya sebagai pengisi dan pengubat jiwa yang kosong," jelas Dr. Harlina panjang lebar.


TIP DAN ADAB BERCINTA

1) Solat Lima Waktu
  • Seorang lelaki tidak layak menjadi suami jika dia sendiri tidak menunaikan kewajipannya kepada Allah SWT. Meninggalkan solat bererti tidak mencintai Allah SWT. Bagaimana si lelaki ingin mencintai si perempuan sedangkan dirinya sendiri tidak meraih cinta Allah SWT?
2) Cinta Bermula Dengan Mencintai Diri Sendiri
  • Sebelum mencintai orang lain, kita perlulah mencintai diri kita sendiri dan mengukuhkan cinta kita terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bagi wanita, tunjukkan bahawa cinta kita sangat mahal untuk dimiliki oleh seorang lelaki walaupun kita menaruh hati padanya. Kita tidak perlu menunjukkan cinta kita pada lelaki, biarlah lelaki yang memulakannya dulu. Tunjukkan bahawa cinta kita tidak boleh diraih sewenang-wenangnya. Mudah-mudahan, martabat kita sebagai wanita akan terjaga.
3) Dating Di Tempat Terbuka
  • Dating adalah proses perkenalan dan perlu bagi setiap pasangan untuk mengenali hati budi masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap pasanagn perlulah bertemu di tempat yang terbuka supaya tidak timbul fitnah dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sebolehnya, solatlah bersama ketika keluar dating jika telah masuk waktu solat ataupun solat dahulu sebelum keluar dating. 
4) Bawa Berjumpa Ibu Bapa
  • Bagi perempuan, bawalah lelaki yang kita suka berjumpa dengan ibu bapa. Hal ini boleh membuktikan kesungguhan lelaki tersebut untuk menerima kita.
5) Hormat-menghormati
  • Dalam membicarakan soal perhubungan, soal kehormatan amat penting. Setiap pasangan perlu menghormati antara satu sama lain. Lelaki jangan sesekali menyentuh perempuan dan di pihak perempuan pula, usah biarkan diri disentuh oleh teman lelaki. Cinta yang dimulakan dengan berpegang tangan dan pelukan adalah bukan cinta yang sebenar. 

"Perempuan yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik."(an-Nur:26)

 ~Peganglah ayat tersebut kerana itu janji Allah dan Allah lah yang paling menepati janjiNya. Maka, jadilah perempuan yang baik, insya-Allah lelaki yang baik telah ditetapkan untuk kita.  =)
seperti telah diciptakn Adam untuk Hawa, Nabi Muhammad SAW untuk Siti Khadijah kerana ia telah tertulis dan janji-janji Allah adalah benar.

2 comments: